Thursday, April 14, 2016
Senang Saja Meminta Maaf.... Ramasamy Memohon Maaf Hina Dr Zakir Naik
GEORGETOWN : Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof P Ramasamy
memohon maaf kepada semua pihak kerana menggelar pendakwah terkemuka
dari India, Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan'.
Dalam kenyataannya tengah hari tadi, beliau mengaku menggelar Dr Zakir
sebagai 'syaitan' di akaun Facebook miliknya semalam, kerana berasakan
penceramah itu menghina agama lain.
Beliau, bagaimanapun memohon maaf kepada masyarakat Islam di negara ini
dan mengakui kesal kerana mengeluarkan perkataan berkenaan.
"Saya sedar perkataan 'syaitan' tidak sesuai dan saya sudah padam
perkataan itu daripada Facebook saya. Perkataan itu hanya ditujukan
kepada individu itu sahaja, saya menyesal sekiranya penggunaan perkataan
'syaitan' menimbulkan ketidakselesaan dan kemarahan masyarakat Islam di
Malaysia.
"Ini sama sekali bukan niat saya, kerana saya menghormati semua agama di
negara ini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment