Wednesday, April 13, 2016
DS Najib Razak Berpeluang Sekali Lagi Untuk Melawat Anak-Anak Di Asrama Darul Falah (ASDAF)
Ds Najib Razak berpeluang sekali lagi untuk melawat anak-anak di Asrama
Darul Falah (ASDAF) pada petang ini. Ketika lawatan pertama saya 10 Mac
lalu, saya mendapati keadaan pusat ini kurang memuaskan dan tidak selesa
untuk didiami oleh 42 anak-anak orang asli ini.
Saya lihat bahawa penambahbaikan yang dilaksanakan oleh sukarelawan iM4U
dan 300 pelajar GiatMARA dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan
(ICU) telah berjalan dengan lancar.
Dalam tempoh sebulan, ASDAF telah menjadi sebuah kediaman yang jauh
lebih bersih, selesa dan kondusif berbanding lawatan pertama dahulu. Apa
yang penting bagi saya adalah keselesaan anak-anak ini.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak ini terutamanya apabila
mendapat tempat tinggal dengan katil, tilam dan peralatan serba baru.
Saya sempat berbual dengan, Adam, yang berusia tujuh tahun dan Putra
berusia 13 tahun. Kedua-dua mereka berjanji dengan saya untuk belajar
bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita menjadi anggota polis.
Syabas kepada sukarelawan iM4U, Giat MARA, ICU serta Courts Malaysia
yang menyumbang tenaga dan peralatan baru kepada mereka untuk mengubah
wajah pusat ini.
Saya difahamkan, sukarelawan iM4U akan terus mengadakan kelas tambahan
kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun
ini.
Insya-Allah, saya akan terus memastikan usaha transformasi untuk memberi
keselesaan kepada anak-anak orang asli ini akan diutamakan, seiring
dalam merealisasikan agenda pembangunan yang inklusif dan setara untuk
semua.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment