Tuesday, April 05, 2016
Hadi Selar Mahathir.... Mahathir, Jangan Babitkan Pihak Lain Desak PM Berundur : Hadi
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar tindakan bekas
perdana menteri yang ingin membawa satu juta tandatangan ke istana bagi
menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
Katanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya tidak perlu membabitkan pihak lain dalam rancangannya membuat sebarang perubahan.
Ini kerana jelas Ahli Parlimen Marang itu, sebarang perubahan haruslah dibuat melalui proses demokrasi yang sebenar.
“Kita tak mahu menarik pihak-pihak lain yang tidak perlu ditarik dalam
sebarang perubahan, kita ada parti politik, ada NGO ada pihak lain,
terpulang kepada mereka,” kata Abdul Hadi di Lobi Parlimen, Selasa.
Beliau mengulas tindakan Tun Mahathir melancarkan gerakan ‘Save
Malaysia’ menuntut Najib supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri
kerana didakwa telah membuat beberapa penyelewengan sehingga menyusahkan
rakyat.
Gerakan tersebut dibuat dengan kerjasama pembangkang yang mempunyai misi
berbeza iaitu menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada
tahanan penjara.
Namun, Hadi menyelar ia adalah satu tindakan tidak wajar kerana perkara itu belum diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Ia termasuklah kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan
Perdana Menteri sehingga banyak pihak sudah menganggap Najib telah
melakukan kesalahan.
“Kita bukan sahaja khusus kepada 1MDB, malah kita tolak kepada semua
penyelewengan tetapi ia perlu disiasat terlebih dahulu, kita tak mahu
menghukum sebelum disiasat dengan cara yang betul.
“Perundangan Islam yang kita perjuangkan, seseorang tidak bersalah
selagi ia dijatuhkan kesalahan, ia mesti dibuktikan dulu, maka
pendekatan ini yang perlu dipelihara dengan baik,” tambahnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment