Tuesday, April 05, 2016
Hanipa Maidin Direhatkan Selepas Jalani Pembedahan Buang Darah Beku Dalam Otak
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin kini direhatkan di Unit Rawatan Rapi
Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan
membuang darah beku di otaknya malam Isnin. Pembedahan tersebut berjalan lancar bermula jam 9.45 malam dan berakhir kira-kira jam 12.45 tengah malam.
Hanipa dikejarkan ke hospital kerana rebah di kerusinya dalam Dewan Rakyat petang semalam.
Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Hanipa dikatakan secara
tiba-tiba mengalami pening kepala dan kelihatan tidak bermaya dipercayai
kerana tekanan darah tinggi.
Beliau diperiksa oleh doktor Parlimen sebelum dibawa dengan ambulan ke
Institut Jantung Negara (IJN) yang kemudiannya merujuk kes beliau ke
HKL.
Hanipa merupakan MP PAS sebelum menyertai Parti Amanah Negara (PAN) hujung tahun lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment