
Wednesday, April 06, 2016
ISU TAMAN MANGGIS : Guan Eng Hanya Jawab Soalan Dari Menteri??

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan sebelum
ini mendedahkan 3 syarikat yang memasuki bidaan terbuka tanah Taman
Manggis diragui, memandangkan status ketiga-tiga syarikat tersebut telah
bertukar status kepada 'bubar, gulung tikar dan ditutup'.
Huan yang mendedahkan mengenai status 3 syarikat terbabit iaitu United
Overseas Empire Sdn Bhd (UOE), GM Healthcare Sdn Bhd (GMHC) dan Ranting
Setia Sdn Bhd (Ranting Setia) turut menampilkan dokumen lengkap
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Oleh yang demikian, Huan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan
Eng untuk tampil menjawab mengenai status 3 syarikat yang diragui ini.
Walau bagaimanapun, Guan Eng yang ditanya pemberita mengenai dakwaan
Huan berhubung status 3 syarikat ini mengatakan, beliau enggan menjawab
soalan tersebut dan akan menjawab soalan itu sekiranya soalan tersebut
dikemukakan oleh seorang menteri.
Jelas Guan Eng, beliau tidak mahu menjawab persoalan yang ditimbulkan
Naib Pengerusi PCM itu kerana pertanyaan dan jawapan yang diberikan
hanya membuang masa beliau.
"Saya tidak mahu buang masa dengan orang itulah (Naib Pengerusi Parti
Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan). Saya tidak mahu buang masa
dengan penulis blog. Ini buang masa. Saya nak tangani perkara ini di
peringkat menteri. Saya tidak mahu buang masa," kata Setiausaha Agung
DAP itu.
Menjadi persoalan di sini, apabila Guan Eng mengatakan beliau hanya akan
menjawab persoalan dari menteri... Adakah sepanjang kontroversi ini
berlaku Guan Eng pernah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh seorang
menteri??
Seperti yang kita ketahui sebelum ini,seorang menteri telah mendedahkan
penyelewengan Guan Eng berhubung pembelian rumah banglo mewah di Jalan
Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis.... Menteri tersebut juga
telah menimbulkan persoalan untuk dijawab oleh Guan Eng.
Bagaimanapun, persoalan yang ditimbulkan oleh menteri tersebut tidak
pula dijawab oleh Guan Eng sehingga ke hari ini... Apa yang dilakukan
Guan Eng ialah cuba mengalih persoalan berhubung penyelewengannya,
dengan membuat serangan balas dengan menimbulkan persoalan mengenai isu
tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).
Jadi, dimanakah JAWAPAN Guan Eng yang mendakwa dirinya hanya akan
menjawab soalan dari seorang menteri??? Guan Eng tidak pernah menjawab
soalan dari mana-mana pihak sejak skandal ini didedahkan.... Diharap
Guan Eng dapat menjawab segera persoalan mengenai penyelewengan ini
tanpa memilih status seseorang itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment