Wednesday, April 06, 2016

Mahathir Akui Gagal Sebagai Pengerusi Proton

http://www.malaysiastylonews.com/wp-content/uploads/2016/02/mahathir-proton.jpg
Sudah berpuluh-puluh kali dijelaskan bahawa kegagalan Proton Holding Berhad dalam meningkat jualan adalah disebabkan bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukannya disebabkan pihak lain.

Selama Mahathir memegang jawatan tersebut, adakah hasil jualan Proton meningkat ataupun hasil jualannya dapat memintas hasil jualan syarikat-syarikat kereta luar negara?? Jawapannya, jauh sekali hasil jualan Proton dengan syarikat-syarikat kereta luar negara.

Rasanya tak perlu nak bandingkan hasil jualan syarikat Proton dengan syarikat kereta luar negara.... Hasil jualan syarikat Proton pun masih tidak dapat memintas hasil jualan syarikat automotif  kedua negara, iaitu Perodua.

Sudah jelas terbukti bahawa Proton gagal meningkatkan hasil jualan, apatah lagi cuba memintas hasil jualan syarikat Perodua yang kini boleh dianggap sebagai syarikat pengeluar automotif UTAMA negara kerana model-model yang dikeluarkan syarikat itu kena dengan citarasa penggunanya.

Jika mahu dibandingkan model-model antara syarikat Proton dan Perodua, rasanya bandingan tersebut ibarat permata dan kaca... Kita lihat model yang dikeluarkan Proton, Proton sering mengeluarkan model yang layak di campak didalam laut dan sering meniru bulat-bulat kereta syarikat lain.

Tengok pula model yang dikeluarkan Perodua, walaupun syarikat itu banyak meniru model keluaran Daihatsu, tetapi Perodua tetap menjadi pilihan pengguna kerana kereta yang ditiru tidaklah ditiru bulat-bulat sepertimana yang dibuat oleh Proton.

Mengenai pengeluaran model, sudah jelas bahawa Mahathir gagal memainkan peranannya sebagai Pengerusi Proton apabila beliau gagal untuk mengubah model-model Proton yang kerap 'photocopy' kereta syarikat lain.

Mahathir ketika menjadi Pengerusi perlu memainkan peranan dengan mereka model yang tersendiri dan membuang segala model-model Proton yang hanya layak dicampak ke laut.... Mahathir perlu mengupah pereka kereta yang mampu menghasilkan rekabentuk 'khas' buat Proton... Bukannya mengharapkan 'photocopy' model syarikat lain.

Mahathir sendiri telah mengaku bahawa kegagalan Proton selama ini disebabkan dirinya... Oleh kerana Mahathir gagal untuk menaikkan hasil jualan Proton, Mahathir telah mengambil keputusan tepat dengan melepaskan jawatan tersebut.

"Saya perlu menjelaskan mengapa saya meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton. Saya membuat keputusan saya sendiri, demi Proton saya perlu pergi. Saya tidak mahu menjadi punca Proton hilang keupayaan untuk pulih kerana kehadiran saya," tulis Mahathir di dalam laman blog miliknya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment