Wednesday, April 06, 2016

ISU TAMAN MANGGIS : Sumber Dalaman DAP Serahkan Dokumen Kepada Rahman Dahlan??

http://cdn.theborneopost.com/newsimages/2013/06/PIX000003.jpg
Penyelewangan isu tanah Taman Manggis yang didedahkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) telah membuatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng 'melompat' dan tertanya-tanya dari mana pemimpin-pemimpin BN terbabit memperoleh dokumen perjanjian urusan jual beli tanah tersebut.

Menurut Guan Eng, beliau amat hairan bagaimana pemimpin-pemimpin BN dapat memiliki dokumen perjanjian jual beli tanah Taman Manggis, sedangkan beliau sendiri tidak memiliki dokumenn

"Saya tidak boleh cakap Rahman tahu dokumen yang saya tidak tahu,kerana kerajaan negeri pun tidak tahu dokumen yang ada di tangannya. Saya sudah rasa letih kerana ulang apa yang saya sudah cakap," kata Guan Eng

Isu bagaimana pemimpin BN memperolehi dokumen perjanjian jual beli tanah berkenaan bukanlah satu persoalan yang 'wajib' dijawab... Apa yang diperlukan kini ialah Guan Eng perlu menjawab segala persoalan yang timbul dan menjelaskan, mengenai penyelewengan ini kepada orang ramai.

Guan Eng tidak perlu mengalih perhatian orang ramai mengenai penyelewangan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn, dengan cuba menimbulkan persoalan mengenai tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Seberang Perai Selatan (SPS).

Lagipun Perda sudah menjelaskan segala pertanyaan Guan Eng mengenai status tanah tersebut dalam satu sidang media yang diadakan pada Jumaat lepas di pejabat Perda di Butterworth..

Adakah segala jawapan yang diberikan Perda mengenai persoalan yang ditimbulkan masih tidak difahami oleh Guan Eng, sehingga terpaksa turun padang 'melawat' tanah milik Perda?? Adakah Perda perlu menjawab sekali lagi, agar Guan Eng memahami jawapan yang dijawab berdasarkan soalan yang ditimbulkan??

Berbalik kepada isu dari mana pemimpin BN memperolehi dokumen jual beli itu... Sekiranya Guan Eng berdegil mahukan jawapan, kita boleh jawabkan... Dokumen terbabit sudah pasti diperolehi dari sumber dalaman DAP.

Siapa lagi yang akan menyerahkan dokumen terbabit kepada pemimpin BN jika bukan sumber dalaman DAP sendiri... Guan Eng perlu ingat, tak semua pemimpin DAP menyukai pentadbiran Guan Eng yang rakus dan zalim... Jadi, inilah peluang mereka untuk menyingkirkan Guan Eng sebagai  Ketua Menteri Pulau Pinang yang penuh dengan kontroversi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment