
Wednesday, April 06, 2016
Pemimpin DAP Meroyan Najib Beri Sumbangan Kebajikan

Hairan dan pelik dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP... Mereka tidak
boleh melihat pemimpin kerajaan melakukan sumbangan kebajikan kepada
rakyat... Sekiranya pemimpin kerajaan melakukan sumbangan pasti dituduh
menggunakan wang haram, boros dan sebagainya.
Yang terkini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng meroyan apabila
mengetahui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan
sumbangan kebajikan kepada rakyat sebanyak RM55 juta melalui pembekal
kain, Jakel Trading.
Untuk pengetahuan, Jakel telah dipilih oleh Najib sebagai pembekal kain
untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana alam dan kepada
anak-anak yatim ketika menjelang hari perayaan.
Lim telah menuduh Najib telah membelanjakan sebanyak itu hanya untuk
pakaian isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur dan telah membuat laporan
polis berhubung perbelanjaan ini.
Menurut Lim, beliau membuat laporan polis ini selepas membuat penelitian
terlebih dahulu dan mahu pihak polis menyiasat perkara ini dengan
telus.
"Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,00 setiap satu
di jakel. Jadi adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk
isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam tempoh empat tahun? Satu tahun
bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah
kira-kira empat pakaian sehari," kata Lim.
Itulah sikap pemimpin DAP.., hanya tahu menuduh tanpa memeriksa pucuk
pangkal.... Kalau nak menuduh, periksa pucuk pangkal terlebih dahulu...
Kalau dah dapat jawapan, baru laa tuduh dan buat laporan polis.
Jika difikirkan secara logik akal pun kita sudah ketahui tuduhan Lim
terhadap Najib hanya berniat jahat... Tak masuk dek akal, Najib membeli
baju kepada isterinya dan mahu isterinya memakai baju sehari 4 helai...
Tak pernah dibuat orang membeli baju untuk diri sendiri sehingga memakan
jutaan ringgit.
Lagi satu, kalau sehari 4 helai dipakai Rosmah dan setiap hari ditukar
pakaiannya... Sudah pasti rumah Najib akan dijadikan gudang baju, kerana
baju yang dipakai Rosmah hanya dipakai sekali dan digantikan dengan
baju yang baru.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment