Wednesday, April 06, 2016

Tembelang Guan Eng Semakin Terbuka!!

http://media.themalaymailonline.com/uploads/articles/2015-10/lim_guan_eng_0110.JPG
Semasa pemimpin kerajaan terpalit dengan kontorversi, pemimpin-pemimpin DAP bukan main lantang lagi mendesak pemimpin kerajaan untuk menjawab dan mengambil cuti untuk siasatan dilakukan... Tapi bila kena dekat pemimpin DAP, takda pula pemimpin DAP yang lantang bersuara mahu melakukan sepertimana yang dilantangkan sebelum ini.

Bila terdapat pemimpin DAP yang lantang bersuara meminta Guan Eng memberi kerjasama dengan pihak SPRM dan PDRM, pemimpin yang bersuara tersebut telah dikenakan tindakan berat oleh parti.... Pemimpin DAP itu telah diarah untuk meninggalkan parti, sekiranya masih berkeras bersuara mengenai penyelewengan Guan Eng.

Kita sendiri dapat melihat bagaimana pemimpin DAP khususnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

Kini, bila Guan Eng sendiri terpalit dengan skandal tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn, Guan Eng pandai pula berwayang Cina mengelak pertanyaan orang ramai berhubung skandal terbabit... Guan Eng sepatutnya terus menjawab segala skandal dan bukannya meneruskan wayang cinanya.

Yang paling tak tahan tu, Guan Eng sanggup turun ke padang 'melawat' tanah milik Perda bagi menyelamatkan dirinya dari terus diserang, untuk menjelaskan penyelewengannya berhubung rumah banglo mewah dan tanah Taman Manggis.

Tapi disebabkan mahu menyelamatkan 'nyawanya' sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng sanggup turun ke padang walaupun pada hari tersebut dikhabarkan jadualnya padat.

Guan Eng sepanjang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 7 tahun,  tak pernah nak menjejakkan kaki ke tanah milik Perda dan meluluskan projek milik Perda... Ini merupakan kali pertama Guan Eng menjejakkan kaki di tanah milik syarikat kerajaan Persekutuan... Itu pun sebab mahu alihkan perhatian.

Walaupun Guan Eng enggan menjawab dan meneruskan 'wayang cina', tembelang Guan Eng semakin hari semakin terbuka.... Tembelang Guan Eng mengenai pembelian rumah banglo yang didiami telah pun dipecahkan... Pada hari ini pula, tembelang Guan Eng telah pun dibuka oleh seorang menteri, berhubung penjualan tanah Taman Manggis yang pasti mengejutkan orang ramai.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment