
Wednesday, April 06, 2016
Tun Mahathir Yang Ajar Nazri Aziz Untuk 'Makan Dedak'

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
menjelaskan bahawa dirinya belajar untuk ‘makan dedak’ hasil daripada
ajaran yang disampaikan oleh bekas pemimpin negara selama 22 tahun.
Bukan itu sahaja, malah Nazri mengakui bahawa dia ‘makan dedak’ kerana
berpegang teguh kepada ajaran yang pernah diajar oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya dahulu.
Maknanya pada zaman pemerintahan Mahathir yang berpuluh tahun itu
dahulu… Memang betul la yang Mahathir ni kerap bagi orang bawahannya
makan dedak. Sebab tu la Mahathir mampu untuk menakluki pentadbiran
selama 22 tahun. Semua orang sibuk mempertahankan Mahathir dan mengikut
segala kemahuannya selama 22 tahun.
Akan tetapi apa yang menghairankan, Mahathir sibuk menuduh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi wakil rakyat dan menteri yang
lain ‘makan dedak’! Padahal kenyataannya, Mahathir sebenarnya adalah
bapak kepada segala dedak. Sumbat mulut orang bawahan dengan dedak
supaya dia terus memerintah.
Soal Nazri, apa beza dedak pada zaman Mahathir dengan ‘dedak’ pada zaman
Najib?? Apa Mahathir ingat dedak yang diberikan pada zamannya dahulu
bagus, berbanding ‘dedak’ yang diberikan pada zaman Najib sekarang ni.
“Kalau dulu dia bagi dedak, dia kata saya bagus. Kenapa Najib sekarang bagi dedak tak bagus pulak?.
“Saya memang makan dedak. Tak apalah saya makan dedak macam burung atau
ayam. Kerana kita makan dedak itu untuk memperkuatkan parti,” katanya.
Tambah Nazri, Pada zaman Mahathir dahulu dia mengakui bahawa kerap
memakan dedak yang ditaburkan oleh Mahathir. Sememangnya itu adalah
ajaran yang diajar oleh Mahathir sejak dahulu lagi. Kalau nak berjaya
dan kekal diatas, jadi kena la bagi makan dedak.
“Dedak ada yang special ke? Ya saya makan dedak. Banyak khasiat dedak.
Kita semua tahu negara yang membangun, teknologi bagus, dedaknya lebih
bagus.
“Tentu lebih baik daripada dedak yang dia bagi dulu. Saya tidak menafikan itu. Saya memang makan dedak,” katanya.
Iyala betul jugak la kata Mahathir, dedak ini ada gred-gred dia juga.
Mungkin pada zaman Mahathir dahulu dia bagi makan dedak yang paling
special kot, sebab tu semua orang turut sahaja apa kemahuannya jika
dibandingkan dengan Najib. Kalau Najib ramai yang membantah sebab Najib
bukan jenis yang bagi makan dedak macam Mahathir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment