
Wednesday, April 06, 2016
Mahfuz Desak Pihak Polis Bebaskan Rafizi

Gara-gara tidak berpuas hati dengan penahanan yang dilakukan pihak polis
terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Ahli Parlimen Pokok Sena,
Mahfuz Omar mendesak supaya pihak berkuasa membebaskan semula ahli
parlimen terbabit dengan serta merta. Amboiiii, mempertikaikan pula
tanggungjawab pihak polis.
Rafizi sebelum ini ditahan pihak polis sebaik sahaja dia melangkah
keluar dari kawasan Parlimen semalam. Dia ditahan bagi siasatan di bawah
Seksyen 8 OSA kerana disyaki menyampaikan rahsia rasmi secara salah.
Menurut Mahfuz, tindakan pihak berkuasa yang menahan Rafizi sejurus
keluar dari kawasan Parlimen adalah satu tindakan yang kurang ajar.
Kurang ajarkah sekiranya pihak polis mahu mempercepatkan siasatan
terhadap Rafizi?? Biadapkah pihak polis jikalau dorang cuma menjalankan
kerja mereka?
Bagi Mahfuz tindakan tersebut dianggap sebagai kurang ajar kerana jelas
ia tidak menghormati Parlimen. Sepatutnya pihak polis perlu
melengah-lengahkan siasatan kerana kesalahan Rafizi tersebut tidak
terlalu serius, dan bukannya jenayah berat. Tidak menghormati apanya,
bukan tahan dalam Parlimen pun.
Ohhhhhh… Maknanya kalau jenis-jenis pembunuh bersiri… Perogol bersiri
dan sebagainya, yang tu jela yang kena tahan cepat-cepat. Kalau kes
macam banglo Lim Guan Eng.. Kes-kes macam Rafizi ni, siasat dua tahun
lagi pun takpe agaknya kan. Biar dah basi baru buat penahanan, macam tu
ke?
Tuduh Mahfuz lagi, penahanan Rafizi tersebut hanya sekadar mahu
menakut-nakutkan wakil rakyat yang lain. Sebab tu la pihak polis ‘ligan’
Rafizi sehingga ke Parlimen. Malah Mahfuz terus mendesak supaya pihak
polis membebaskan Rafizi selewat-lewatnya sebelum jam 10 pagi Jumaat
ini.
Kononnya Rafizi ni macam orang penting dalam Parlimen, Kalau takde dia
Parlimen tidak dapat berjalan dengan sempurna. Malah rafizi juga ada
banyak kerja dan dia juga perlu menyelesaikan tanggungjawabnya untuk
menghadiri sidang Dewan Rakyat. Elehhhh, kerja yang lain pun lepas
tangan, dok bajet rajin pulak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment