Wednesday, April 13, 2016
Jumlah Mangsa Letupan Bom Di Songkla Meningkat... Rakyat Malaysia Ke DANOK dan Selatan Thai Berbahaya
SONGKHLA : Jumlah mereka yang cedera dalam kejadian letupan bom di stesen
keretapi Chana di sini petang semalam meningkat kepada 15 orang
berbanding lapan orang pada Isnin.
Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Lt Jen Polis, Wirapon Chunpakdee
berkata bom yang dipasang pada motosikal itu dianggarkan seberat 20
kilogram meledak bersebelahan sebuah kenderaan polis.
Beliau berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, seorang anggota
polis berpangkat kapten dan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai
Ahmad Yasin Madsan, 2, terbunuh.
"Turut tercedera ialah seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan
kanak-kanak perempuan berumur dua tahun selain anggota polis dan orang
awam," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Wirapon berkata hasil daripada rakaman kamera litar tertutup di tempat
kejadian menunjukkan seorang penunggang motosikal meletakkan
motosikalnya di sebelah kereta polis sebelum menaiki sebuah lagi
motosikal yang ditunggang rakannya.
Beliau berkata bom itu yang diletupkan mengguna alat walkie-talkie turut
memusnahkan sebahagian daripada bangunan keretapi terbabit.
Pihak polis telah diarah untuk mengetatkan lagi kawalan keluar masuk
kenderaan terutama di pusat ekonomi dan pelancongan di Danok, Sadao dan
Hatyai sempena Perayaan Songkran pada 13 hingga 15 April ini, katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment