
Wednesday, April 06, 2016
Laporan 1MDB Siap Sepenuhnya – PAC

KUALA LUMPUR : Laporan berhubung Kawalan Pengurusan
Urus Tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini siap sepenuhnya, kata Timbalan
Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw.
Beliau berharap laporan itu dapat dibentang pada persidangan Dewan
Rakyat Khamis ini “jika tiada sebarang kecemasan atau hal-hal lain”.
“Memang hasrat kita untuk bentangkan laporan itu Khamis ini,
tetapi bergantung pada banyak perkara termasuk pindaan di saat akhir dan
percetakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari
ini.
Dr Tan yang juga anggota Parlimen Kepong berkata PAC bersidang sehingga pukul 9 malam tadi bagi memuktamadkan laporan tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment