Wednesday, April 06, 2016
1MDB : Siasat Siapa ‘Malaysian Investigators’ – Shahrizat
KUALA LUMPUR : Wanita UMNO pada Selasa mendesak pihak
berkuasa supaya menyiasat identiti ‘Malaysian Investigators’ yang
membuat tuduhan palsu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan
berkata tuduhan palsu itu telah mencemar imej dan reputasi khususnya
kepada perdana menteri dan negara.
“Rakyat perlu tahu siapakah ‘Malaysian Investigators’ dan kertas
siasatan palsu yang dinyatakan di dalam laporan WSJ (Wall Street
Journal) itu,” katanya.
Shahrizat berkata beliau merujuk kepada beberapa laporan ‘Wall Street
Journal’ (WSJ) khususnya laporan pada 30 Mac 2016 yang melaporkan
bahawa Najib tidak mengambil wang daripada 1MDB dan WSJ mengakui bahawa
wang itu adalah derma diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
“Wanita UMNO mendesak pihak berkuasa, sama ada polis atau peguam
negara, untuk menyiasat identiti sebenar ‘Malaysian Investigators’ yang
dimaksudkan oleh WSJ pada 2 Julai 2015 yang telah memberi ‘kertas
siasatan palsu’ menuduh perdana menteri mengambil wang 1MDB sebanyak
US700 juta,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment