Wednesday, April 06, 2016
Mahathir Pertikai Yayasan 1MDB Taja Umrah?
Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu pembiayaan umrah oleh “pihak tertentu” yang punca kewangannya masih menjadi persoalan.
“Saya tertanya-tanya jika wang yang dibelanja untuk melakukan ibadah
umrah datang dari punca yang haram, umpamanya jika wang itu dicuri,
apakah ibadah itu menjadi sah dan memberi pahala?” soalnya.
Mahathir bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada beliau merujuk mana-mana pihak secara langsung.
Beliau membangkitkan perkara itu selepas berada di Arab Saudi minggu lepas.
Katanya, beliau melihat orang Islam berduyun-duyun mengerjakan umrah sehingga keadaan seperti ketika mengerjakan ibadah haji.
Malah, tambahnya, orang Melayu Malaysia juga tidak terkecuali.
Menulis dalam blog hari ini, beliau mengingatkan bahawa ibadah umrah hanya amalan sunat.
“Saya faham yang sunat, jika dilakukan memberi pahala kepada diri pengamal. Jika tidak melakukan, kita tidak berdosa,” katanya.
Sekurang-kurangnya Najib ada Ikhtiar tolong permudahkan para jemaah
menunaikan Umrah dan Haji, Tun Mahathir ada fikir zaman dia nak buat
semua ni... mengutamakan Bumiputera? Tak dia utamakan proksinya iaitu
sahabatnya berbangsa cina DAP...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment