
Wednesday, April 06, 2016
MARA Akan Terkubur Di Bawah Pakatan Harapan

Rasa kelakar pula apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi
Nik Ahmad mendakwa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan lebih telus dan
konsisten sekiranya diurus dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Bila Nik Nazmi mendakwa begitu, kita semua tertanya-tanya adakah benar MARA akan
lebih konsisten dibawah PH?? Bukan apa, kalau dilihat gabungan parti
pembangkang yang baru menggantikan Pakatan Rakyat (PR) pun tidak
konsisten... Inikan pula PH mahu menguruskan pentadbiran MARA... Silap
hari bulan, MARA akan terkubur sepertimana terkuburnya PR.
Kita tengok sajalah apa yang berlaku terhadap PR, yang kononnya mampu
menguasai kerajaan?? Tak sampai dua penggal penubuhannya, PR telah
dikuburkan sendiri oleh parti dalam pakatan tersebut.
Kenapa PR terkubur??? Ini gara-gara salah sebuah parti dalam pakatan
tersebut 'gila kuasa'.... Parti tersebut mahukan rakan sekutunya
mengikut telunjuk dan mengikut perjuangan parti tersebut.
Itu baru sentuh bab parti pembangkang menguruskan sebuah blok parti
pembangkang... Tak diceritakan lagi penyelewengan dan kegagalan yang
dilakukan pemimpin pembangkang apabila mereka dapat menguasai kerajaan
negeri.
Kita tengok kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP.... Kerajaan
DAP kini kantoi dalam menguruskan pentadbiran negeri itu, apabila
melakukan penyelewengan berhubung isu penjualan dan pembelian tanah.
Kerajaan negeri Selangor yang dikuasai PKR pula telah gagal mentadbir
negeri itu, apabila sehingga ke hari ini gagal menyelesaikan isu air
yang sering membelenggu rakyat Selangor.
Berbalik kepada dakwaan Nik Nazmi, kita tak tahan dengan tuduhan yang
mengatakan MARA dibawah pentadbiran kerajaan sekarang telah menyebabkan
anak-anak Melayu susah untuk melanjutkan pelajaran kerana MARA kehabisan
duit untuk memberi pinjaman kepada meraka yang layak.
"Ramai yang mengadu sekarang ini bahawa mereka tidak menerima pembiayaan
walaupun telah menepati segala pra-syarat, kerana pihak MARA sendiri
mengaku bahawa mereka tidak mempunyai wang. Sama juga untuk pelajar yang
sudah tidak mendapat pembiayaan MARA," kata Nazmi.
Tuduhan Nik Nazmi terhadap MARA jelas berniat jahat.... MARA sehingga
hari ini masih mampu memberi pinjaman terhadap pelajar yang mahu
melanjutkan pelajaran... Malah, MARA juga telah membuat rombakan syarat
bagi memberi peluang kepada anak muda ke menara gading...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment