Wednesday, April 06, 2016

Guan Eng Pertahankan Rafizi Untuk Dapatkan Bantuan

Selepas terpalit dengan penyelewengan isu tanah Taman Manggis dan pembelian banglo mewah di Jalan Pinhorn, ramai pihak mendesak Guan Eng untuk melepaskan jawatannya kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.

Selain itu, desakan yang dibuat terhadap Guan Eng juga dipercayai kerana rakyat Pulau Pinang sudah cukup penat dengan penipuan dan kezaliman Guan Eng selama ini, khususnya orang Melayu.

Ingatkan bila Ketua Menteri Pulau Lim Guan Eng dah kena serangan 'letak jawatan', beliau akan insaf dan tidak akan mendesak orang lain untuk berbuat demikian... Tetapi Setiausaha Agung DAP itu masih lagi ligat mendesak orang melepaskan jawatan.

Terbaru, Guan Eng mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low untuk melepaskan jawatan sebagai tanda bantahan terhadap penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang sering melempar fitnah terhadap kerajaan.

Menurut Guan Eng, Paul Low perlu melepaskan jawatan sebagai pesanan kepada kerajaan, supaya kerajaan dapat melindungi pemberi maklumat mengenai kegiatan rasuah di dalam negara ini.

"Saya tanya Low, apa gunanya jadi menteri, kalau Rafizi boleh ditahan hanya kerana mendedahkan kegiatan rasuah? Low perlu letak jawatan sebagai protes atau beliau boleh terus jadi menteri untuk buktikan ini adalah perkara biasa," kata Guan Eng.

Hairan kenapa tiba-tiba Guan Eng secara tiba-tiba cuba mempertahankan penahanan Rafizi.... 

Sedangkan Guan Eng yang terpalit dengan beberapa skandal di Pulau Pinang, tidak pun dipertahankan oleh mana-mana pemimpin PKR.

Apa yang dapat diperkatakan, cubaan Guan Eng untuk mempertahankan Rafizi yang ditahan berhubung tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan, dipercayai untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan sekutu berhubung skandal Taman Manggis dan rumah banglo mewah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment