Wednesday, April 06, 2016

ADUN DAP Pulau Pinang Sedia Tinggalkan Parti

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/05/Teh-Yee-Cheu_penang_dap_600.jpg
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendapat amaran keras dari DAP, susulan tindakan lantangnya mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pembelian rumah banglo mewah dan penyelewengan tanah Taman Manggis serta mengusulkan had tempoh Ketua Menteri selama dua penggal.

Menurut sumber yang diperolehi dari portal pembangkang, Teh yang telah menerima amaran keras kini telah bersiap sedia untuk meninggalkan DAP sekiranya parti itu tidak dapat menerima keputusannya untuk membawa usul menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri.

Teh berkata, beliau sebagai seorang seorang ahli parti DAP agak terkesima dengan amaran itu kerana sebelum ini beliau bebas untuk menyatakan pendiriannya mengenai sebarang isu di negeri itu.

Perkara ini jelas menunjukkan DAP sebuah parti yang mengamalkan sikap 'diktator' apabila telah memberi amaran buang parti kepada pemimpinnya, sekiranya terus bersuara mengenai skandal melibatkan pemimpin tertinggi parti.

Menurut sumber berkenaan lagi, Teh yang dikhabarkan telah bersedia untuk meninggalkan parti cina kiasu itu, tetap akan membawa usul terbabit ke dalam Dewan Negeri untuk dibahaskan.

Menurut  Teh, tindakan beliau membawa usul itu bukanlah satu tindakannya mahu mendesak Guan Eng berhenti ekoran terpalit dengan penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah.

Sebaliknya usul itu dibuat kepada semua pemimpin tanpa mengira latar belakang parti, bagi memberi peluang kepada orang lain untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Tambah Teh, dengan jawatan sebagai Adun di Pulau Pinang, beliau hanya mampu membawa usul tersebut di dalam Dewan Negeri.., dan sekiranya menjadi Ahli Parlimen usul tersebut akan dibawa ke dalam Dewan Negara.

Dalam masa sama, Teh berharap usul menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri dapat diterima oleh Speaker bagi membolehkan usul tersebut dibahaskan dalam Dewan Negeri, sekaligus diundi bagi mendapatkan jawapan.

"Saya akan menerima keputusan rakan-rakan saya jika mereka mengundi menentang usul itu kerana ini adalah sebahagian daripada proses demokrasi," kata Teh.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment