
Wednesday, April 06, 2016
Guan Eng Dakwa Perda Masih Belum Menjawab Soalannya??

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Lembaga Kemajuan
Wilayah Pulau Pinang (Perda) masih belum menjawab segala pertanyaannya,
berhubung isu tanah milik Perda di Seberang Perai Selatan (SPS) yang
dijual kepada syarikat SYT Prestige Sdn Bhd.
Menurut Guan Eng, sehingga hari ini Perda masih gagal menjelaskan
skandal penjualan tanah kepada sebuah syarikat swasta yang menyebabkan
rakyat Pulau Pinang kerugian RM15.2 juta.
Hairan apabila Guan Eng mendakwa Perda masih tidak menjawab segala
persoalan yang ditimbulkan Guan Eng berhubung tanah Tok Keramat milik
Perda di SPS.
Kalau tak silap kitalah kan, sehari selepas Guan Eng mendedahkan kononnya Perda
melakukan penyelewengan dalam penjualan tanah tersebut, Pengerusi
Perda, Datuk Shabudin Yahaya telah tampil menjawab segala persoalan yang
ditimbulkan Guan Eng.
Pengerusi Perda telah menjelaskan, kenapa tanah terbabit dijual dengan
harga begitu murah kepada syarikat swasta berkenaan.., dan juga
menjelaskan mengapa Perda sanggup kerugian hampir 15 juta seperti yang
didakwa.
Kerugian yang kononnya telah merugikan syarikat Perda itu telah
dinikmati oleh rakyat yang telah membeli rumah berkenaan... Bayangkan
sekiranya tanah terbabit dijual dengan harga yang tinggi atau mengikut
harga pasaran... Bagaimana rumah kos rendah dapat dibina, sekiranya
harga tanah sudah terlalu tinggi??
Jadi, bagi mendapatkan rumah kos rendah dibina dan dijual dengan harga
yang telah ditetapkan kerajaan persekutuan, Perda telah mengorbankan
kerugian itu untuk memberi faedah kepada rakyat yang memerlukan rumah
kos rendah berkenaan
Lagipun, peranan Perda bukanlah seperti kerajaan DAP Pulau Pinang yang
hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tanpa memikirkan nasib golongan
bawahan yang memerlukan tempat perlindungan.
Dapat dilihat kerajaan negeri begitu rakus mengaut keuntungan, apabila
menjual rumah kos rendah dengan harga serendah RM400,000 seunit....
Jika dibandingkan dengan harga rumah kos rendah yang disediakan kerajaan
persekutuan, harga rumah kos rendah kerajaan DAP Pulau Pinang jauh
lebih mahal apabila kerajaan persekutuan menetapkan harga paling rendah
serendah RM75,000 seunit.
Justeru, dengan jawapan yang diulang berkali-kali ini, dapat membuka
mata dan pintu hati Guan Eng bahawa Perda telah menjawab segala tuduhan
yang dilemparkan... Kini, giliran Guan Eng pula untuk menjawab segala
persoalan mengenai penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah
banglo mewah di Jalan Pinhorn..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment