Bila melihat Deklarasi Mahathir-Kit Siang yang ditubuhkan oleh bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, orang ramai jadi tertanya apa
tujuan sebenar 'benda' itu diwujudkan... Adakah Deklarasi itu diwujudkan
bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri atau
ada sesuatu di sebaliknya??
Jika dilihat dan diteliti Deklarasi yang diwujudkan atas alasan kononnya
mahu menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri itu, sebenarnya
mempunyai tujuan lain apabila tujuan asalnya dilihat masih GAGAL apabila
Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri sehingga hari ini.
Pada pandangan kita, Deklarasi Mahathir-Kit Siang yang kononnya
bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, sebenarnya merupakan satu
deklarasi yang telah membuatkan pembangkang menjadi caca marba.
Lihat sajalah Deklarasi yang dibuat hampir beberapa bulan itu... Adakah
semua pemimpin pembangkang menyertai Deklarasi Mahathir itu demi
menjatuhkan Najib??? Adakah semua akar umbi parti pembangkang menyokong
rancangan yang dilakukan Mahahtir itu?? Jawapannya tidak!!
Kita sendiri dapat melihat apabila tertubuhnya Deklarasi Mahathir-Kit
Siang ini, parti pembangkang mula menjadi caca marba dengan menyalahkan
antara satu sama lain.
Mereka yang masih berdendam dengan Mahathir dan memarahi pemimpin yang
sanggup duduk bersama Mahathir... Mereka mendakwa pemimpin-pemimpin yang
menyertai deklarasi ini terlalu mudah memaafkan kezaliman yang pernah
dilakukan oleh Mahathir ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Pemimpin yang paling tidak dapat memaafkan kezaliman Mahathir adalah
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak
beranaknya.... Mereka tidak sudi untuk duduk sebaris, mahupun sepentas
bersama orang yang pernah menzalimi 'kekasih hati' mereka iaitu Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Dendam kesumat keturunan Anwar terhadap Mahathir tidak akan hilang
sampai bila-bila, kerana kezaliman yang dilakukan Mahathir pada belasan
tahun dahulu telah 'mengaibkan' Anwar serta keturunannya.
Justeru, kita sudah boleh menasihatkan pemimpin pembangkang supaya untuk terus
'setia' di dalam Deklarasi Mahathir-Kit Siang bagi membolehkan parti
pembangkang terus menjadi caca marba... Hahaha...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment