
Wednesday, April 06, 2016
Peguam Wanita Ini Mahu JAWI Manja-Manjakan MAK NYAH !!!

Pelik sungguh manusia zaman sekarang ni, hukum haram yang telah
ditetapkan sesuka hati pulak nak menghalalkan macam tu je. Apa dia ingat
hukum Allah ni milik dia ka macam mana??
Peguam hak asasi manusia, Siti Zabedah Kasim ini bukan sahaja menidakkan
hukum haram yang telah ditetapkan, malah turut mendesak supaya Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memanja-manjakan golongan mak
nyah dan golongan transgender yang terdapat di Malaysia.
Eshhhhh… Pelik sungguh la perangai perempuan ni, tak tahu pasal hukum
hakam agama Islam ke atau macam mana?? Dalam Al Quran telah tertulis bahawa
Allah melaknat wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai
wanita.
Jadi kenapa Siti Zabedah ini mahu menyekolahkan JAWI dengan mendakwa,
bahawa dalam Islam tidak mengajar kita untuk tidak berlaku adil terhadap
manusia. Memang la Islam tidak ajar, tapi Islam juga tidak ajar kita
untuk menghalalkan golongan transgender. So, banyak perbezaannya di
situ.
Suruh berlaku adil dengan menghalalkan keputusan mereka-mereka yang
sesat ini untuk menjadi ahli-ahli transgender. Kalau jenis khunsa lain
bebb!! Yang tu dorang boleh pilih, itu pun kena ikut jugak hormon mana
yang lebih. Mahu tidak mahu dorang kena pilih jantina yang hormonnya
lebih kuat, itu kalau kunsa.
Ini kalau spesis gedik saja-saja nak tukar jantina ni memang berdosa
besar la! Lepas tu boleh pula Siti Zabedah ni nak pertahankan golongan
mak nyah yang diserbu pihak berkuasa JAWI, dalam satu majlis makan malam
tertutup yang dianjurkan golongan transgender, minggu lalu.
Sudah la transgender, lepas tu anjurkan pula majlis makan malam yang ada
pertunjukan ala-ala ratu cantik pondan. Eshhhhh, memang kat Malaysia
diharamkan kot… Nak nafikan apa lagi. Ohhhhh, patut la si peguam Siti
Zabedah ni pertahankan sangat pondan-pondan ni, sebab dia pun join
sekaki dalam majlis tu.
Lepas tu gunakan sebuah rakaman video mengenai wawancara bekas Mufti
Perlis, Dr Juanda Jaya pada 2012 untuk pertahankan golongan transgender.
Dalam video selama tiga minit itu, Juanda menjelaskan cara Islam untuk
berdepan golongan transgender yang langsung tidak membenarkan sebarang
keganasan mahupun diskriminasi terhadap mereka.
“Dia lelaki, tetapi berlagak seperti wanita. Dia lelaki, kerana dia ada
alat kelamin lelaki. Tetapi, bila disemak secara saintifik bilangan
kromosom dia, mendapati bahawa XY tu tak wujud.
“Maksudnya kromosom yang menunjukkan dia lelaki itu tidak wujud, yang
wujud hanyalah XX, ertinya kromosom wanita sahaja, sedangkan dia ada
alat (kelamin) lelaki.
“Seingat saya, fatwa kita dah ada keputusan tentang perkara ini, ertinya
setelah disahkan oleh doktor yang pakar dalam bidang ini, lelaki itu
berhak untuk memilih jantina wanita, kerana terbukti sebenarnya dalam
jasad dia itu ialah jasad wanita,” katanya dalam rakaman video itu.
Hahaaa.. Mufti pun pakai hukum ‘seingat saya’ je, langsung tak pasti
tepat ke tidak. Berbalik la pada hukum Allah, tak payah nak pakai hukum
mufti sangat sebab kadang-kadang bukan semua mufti ni betul. Banyak yang
sesat sekarang ni....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment