
Wednesday, April 06, 2016
Deklarasi Kedah Mahu Muhyiddin Dan Mukhriz Dipecat

Deklarasi Kedah yang terdiri daripada 14 daripada 15 ketua Umno Bahagian
Kedah hari ini mendesak Majlis Tertinggi Umno dan Lembaga Disiplin
parti untuk memecat kedua-dua ahli UMNO yang terlibat secara langsung
dalam Deklarasi Rakyat, iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir.
"Kami mengutuk dan mengecam sekerasnya tindakan segelintir pemimpin Umno
yang masih memegang jawatan, khususnya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri
Mukhriz yang bersubahat dengan agenda pembangkang," kata deklarasi itu.
Ahli UMNO yang masih berada di dalam parti tetapi telah melanggar,
menghasut serta merosakkan sistem pemerintahan demokrasi dan Raja
Berperlembagaan sangat wajar ditamatkan perkhidmatan dari jawatan yang
disandang mereka dengan serta-merta.
Bukan itu sahaja, Deklarasi Kedah menolak dan mengutuk sekeras-kerasnya
tindakan Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang dalam Deklarasi
Rakyat untuk menjatuhkan perdana menteri. Mereka melahirkan rasa kesal
dan kecewa dengan tindakan pemimpin yang pernah memerintah negara selama
22 tahun tersebut.
"Tindakan Mahathir jelas bertentangan dengan amalan dan sistem demokrasi
tanpa mempedulikan kesannya kepada rakyat dan negara," kata Deklarasi
Kedah.
Dengan itu, seramai 14 ketua Umno Bahagian Kedah telah berikrar akan
memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dengan menandatangani Deklarasi Kedah.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menjelaskan bahawa
deklarasi tersebut telah ditandatangani oleh semua Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Kedah, termasuk ketua pemuda, ketua
puteri dan ketua wanita Umno negeri.
Deklarasi tersebut telah diserahkan kepada Najib sendiri, dalam satu
pertemuan Umno Kedah dengan Perdana Menteri yang berlangsung kira-kira
satu jam di bangunan Parlimen.
"Kita buat deklarasi ini kerana nak menyatakan kepada orang ramai bahawa Kedah masih bersama perdana menteri.
"Semua wakil rakyat termasuk senator Umno Kedah hadir hari ini bagi menyerahkan Deklarasi Kedah kepada perdana menteri.
"Deklarasi ini kita buat kerana merasakan perlu deklarasi (balas) yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment