Wednesday, April 06, 2016

Ustaz PKR Tidak Menyesal Doa Laknat Terhadap Mahathir

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/04/badrul-aminmahatir.jpg
Apakah anda masih ingat lagi mengenai doa laknat yang dibacakan oleh pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron ketika menutup Himpunan Mansuh GST Sabtu lalu. Doa laknat yang ditujukan khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Doa tersebut juga khas dari pihak keluarga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya menjadi mangsa kekejaman Mahathir sehingga dihumban masuk ke dalam penjara. Haaaa… Sebab tu la Ustaz PKR ini bacakan doa laknat Mahathir terima balasan atas kekejamannya dahulu.

Sebelum ini juga, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendesak supaya permohonan maaf dilakukan oleh ostaz PKR ini atas ‘kejahilannya’ membacakan doa laknat lantas memalukan Mahathir sendiri. Iyela, kata bekerjasama sekali.. Tuppptuppp, ada pula yang minta Mahathir dilaknat.

Gelabah teruk Rafizi apabila Ustaz PKR ini bacakan doa laknat tersebut, terus menyifatkan doa laknat tersebut sebagai satu tindakan yang sengaja diadakan bagi mengaibkan bekas perdana menteri tersebut.

Ketua Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin menolak keras permintaan Rafizi dan mendakwa bahawa mereka sebulat suara menyokong penuh doa laknat yang dibacakan tempoh hari.

Sedikit pun tiada rasa kesal dan penyesalan dalam hati, malah tindakan Badrulamin tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana dia juga pernah menjadi mangsa kepada kekejaman Mahathir sewaktu orang tua itu menjadi Perdana Menteri.

“Jadi menghukum atau menghina Badrulamin atas tindakan (doa) itu kurang tepat, sebagai mangsa (kezaliman) sudah pasti ia memberi kesan negatif dalam hidupnya,” katanya.

Akan tetapi kalau mereka ni taknak mintak maaf, Rafizi sendiri akan menggalas tanggungjawab tersebut dan memohon maaf kepada mantan perdana menteri tersebut. Perkara tersebut diberitahu dalam satu kenyataan yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp sebelum ini.

Iyelaaaa… Dah Mahathir memang kejam pun, jadi apa salahnya kalau doakan dia dapat balasan yang setimpal. Ehhhh, doa orang yang dianiayai ni diangkat tinggi tau jangan buat main. Sekarang ni pun Mahathir sedang melalui detik-detik kehancuran balasan dari kekejamannya dahulu. Haishhhh, macam-macam hal lah mereka ni kan..?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment