Wednesday, April 06, 2016
MB Perak Kesal Harga 'Seafood' Mahal di Pulau Pangkor
Tidak dapat dinafikan Pulau Pangkor yang semakin popular dikalangan
pelancung dalam dan luar negeri kini berdepan masalah sikap sebahagian
kecil pengusaha makanan sea food.
Mereka yang terlibat didalam indastri ini nampaknya tidak mempedulikan
perasaan orang ramai sebaliknya mengenakan harga makanan siap dimasak di
kedai-kedai atau gerai mereka mengikut selera mereka.
Hinggakan terdapat beberapa ketika harga yang dikenakan kepada pelanggan
mereka jauh dari harga yang berpatutan. Sebab itu terdapat aduan dari
orang ramai harga barang makanan di Pulau Pangkor “cekik darah.”
Ironinya hal ini bukan baru malah Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor
Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir telah beberapa kali menyuarakan kekeciwaan
serta rasa bimbang. Jika dibiarkan dan tidak dikawal, ia akan mengelak
pelancung dari terus singgah ke Pulau Pangkor.
Terbaru seorang pelancung yang tidak tahan dengan kerenah gerai sea food
berkenaan meluahkan kekecewaan didalam media dan dipetik oleh sebuah
surat khabar harian. Ia kemudian menjadi viral sehingga menarik
perhatian Dr.Zambry.
Jika difikir sepintas lalu tentu sekali berita utama oleh akhbar
berkenaan menjejaskan imej Dr.Zambry selaku ADUN Pangkor dan Menteri
Besar, seolah-olah gagal mengawal harga barang-barang makanan di pulau
peranginan paling popular di sebelah sini selepas Pulau Langkawi.
Hakikatnya bukan beliau yang salah. Harga makanan terutama makanan laut
oleh restoren atau gerai ditentukan pengusahanya. Bagi mereka amaran
hanya didengar tetapi lebih penting mengaut keuntungan lebih-lebih lagi
pada ketika ekonomi negara berada pada kedudukan tidak positif.
Soalnya mengapa pihak Majlis Daerah Manjung terlepas pandang? Begitu
juga apa yang dibuat oleh Pegawai Daerah berkenaan yang tidak turun
padang meninjau harga barangan makanan laut.?
Untuk rekod, pembaca dikenali Abang Zali dalam aduannya berkata, beliau
tidak puas hati kerana dikenakan harga yang mahal ketika makan di Teluk
Nipah, di Pulau Pangkor, baru-baru ini.
Katanya harga makanan laut di pulau tersebut sepatutnya tidak mahal
kerana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa banyak hasil laut boleh
diperoleh daripada nelayan di sekitar pulau berkenaan.
Menurut pengadu lagi dalam kejadian itu dia dan tiga rakannya menjamu
selera di sebuah kedai makanan laut dan dikenakan bayaran lebih RM400
untuk makanan seperti ikan siakap, ikan pari, sotong, udang, telur,
sayur kailan dan tomyam.
Mengulas isu ini, Dr. Zambry meluahkan rasa kecewa dengan tindakan
segelintir peniaga makanan laut di Pulau Pangkor yang masih mengenakan
harga makanan laut yang tidak munasabah sehingga boleh menjejaskan imej
pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka.
Katanya sudah beberapa kali beliau mengingatkan para peniaga gerai
termasuk di sekitar Teluk Nipah supaya sentiasa bertimbang rasa dengan
mengenakan harga yang berpatutan.
"Jangan memikirkan kesan jangka pendek. Jadikan ini sebagai pengajaran.
Usah terlalu menuding jari kepada pihak lain, belajarlah mendengar (dan)
perbaiki kelemahan,'' katanya dalam laman Instagramnya.
Komen Dr.Zambry turut dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin
Mohamed Radzi yang berkata, kerajaan negeri memandang serius hal
ini.Jika dibiarkan berterusan, dibimbangi boleh menyebabkan kedatangan
pelancong merosot.
Katanya peniaga berkenaan sepatutnya memahami, jika mereka menaikkan
harga makanan laut tinggi, lama kelamaan pengunjung tidak mahu datang
lagi ke Pulau Pangkor.
“Jadi, mereka perlu memainkan peranan untuk memastikan harga makanan laut yang ditawarkan adalah berpatutan,’’ katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment