
Wednesday, April 13, 2016
Pegawai SPRM Berasal Dari Pulau Pinang Ditangkap Dengan Wang RM50 Ribu Di Putrajaya !!

Terbaru Pegawai SPRM ditangkap!. Sumber dalaman berkata ia ada kaitan
dengan cubaan untuk menghapuskan fail kes Lim Guan Eng dan Kes
penyelewengan dana KBS RM100 juta.
1. Baru-baru ini kita digegarkan dua kes penting iaitu Kes Rasuah Rumah
Banglo Lim Guan Eng dan penyelewengan SUB Kewangan RM100 juta. Setelah
kes Lim Guan Eng meletus esoknya seakan dirancang Kes Rasuah KBS juga
meletup seakan-akan menutup atau "divert" kepada isu Lim Guan Eng.
Kebetulan?
2. Sejak 18 Mac lalu sehingga ke hari ini SPRM nampaknya belum memanggil
Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan dikatakan penghujung April
siasatan penuh selesai. Lim Guan Eng masih bebas dan tanpa takut terus
mencabar pemimpin BN lain dlm kesnya. Semua dokumen siasatan telah
berada di ibupejabat SPRM menunggu masa Lim Guan Eng dipanggil oleh
SPRM.
Penggeledahan rumah pegawai kanan SPRM serta pemindahan Jabatan kerana
disyaki pembocoran dokumen kerajaan. Dan kecoh apabila Isteri pegawai
kanan terbabit mendedahkan dalam FBnya mengenai urusan kerja suaminya.
3. Ke mana SPRM? Apa berlaku?. Sebelum ini kisah Datuk Bahri Mohd Zin
Pengarah Operasi Khas SPRM dan beberapa pegawai yang dipindahkan serta
merta menjadi isu dan polemik. Wal hal isu sebenar ialah pembocoran
maklumat oleh beberapa pegawai SPRM hingga isteri para pegawai boleh
mendedahkannya dalam facebook mengenai rahsia dan tugas suami!
4. Penggeledahan Polis kepada pegawai SPRM jelas ada sesuatu di SPRM
yang masih dilindungi oleh Datuk Seri Shukri Abdull mempertahankan dua
pegawai utamanya yang dipindahkan ke JPM. Ada rahsia besar yang
disembunyikan bagi melindungi anak-anak buahnya.
Datuk Seri Shukri Abdull Timbalan Pesuruhjaya SPRM dikatakan seorang
bias yang menyokong parti pembangkang. Sikapnya mempertahankan
pegawainya termasuk Datuk Bahri adalah sesuatu yang mencurigakan. Malah
Kenny Chua adalah pegawai di bawah arahannya.Sehingga ke hari ini kes
Kenny Chua tidak didedahkan. Mengapa?
Pegawai SPRM ditangkap oleh unit risikan dengan wang RM50k?
5. Risikan Polis dan SPRM mendapati pegawai penyiasat SPRM yang ditahan
kerana menerima sogokan dari beberapa individu untuk menutup kes RM100
juta KBS dan usaha membuang kes Lim Guan Eng. Usaha penghapusan bukti
sedang dilakukan. Siapakah mereka yang menyogok pegawai berkenaan belum
dapat dipastikan. Siasatan masih dilakukan.
6. Pegawai SPRM bernama Kenny Chua berasal dari Bukit Tambun Pulau
Pinang ditahan bersama sejumlah wang RM50k. Pegawai di bawah seliaan
Datuk Seri Shukri Abdull ini jelas telah memalukan badan SPRM. Apakah
ini kali pertama pegawai ini menerima rasuah?
7. Apakah sebelum ini desas desus pegawai SPRM yang menjual maklumat
IMDB itu benar? Berdasarkan tangkapan terbaru pegawai SPRM ini. Jelas
integriti pegawai SPRM khususnya dibawah Datuk Seri Shukri Abdull boleh
dipersoalkan. Ini cukup memalukan SPRM sebagai badan tertinggi yang
menyiasat kes Rasuah di negara ini
8. SPRM sepatutnya telah memanggil Lim Guan Eng sekarang. Jika pegawai
SPRM berasal dari Pulau Pinang ini telah menghapuskan bukti maka usaha
pelbagai pihak untuk membawa Lim Guan Eng ke muka pengadilan akan
sia-sia.
Mungkinkah kelewatan memanggil Lim Guan Eng adalah disengajakan?
9. Rakyat Malaysia mahukan penjelasan dari Datuk Shukri Abdull bagaimana
pegawainya yang melakukan siasatan kes penting ditangkap dan cuba
menghabuskan bukti penting. Setakat hari ini tiada penjelasan serta
paparan yang mendedahkan tangkapan pegawai SPRM terbaru ini. Jika kes
tangkapan besar-besaran KBS boleh didedahkan tak mungkin kes pegawainya
disembunyikan begitu sahaja.
Apakah ini usaha melindungi pegawai jerung-jerung dalam SPRM? Sekali
lagi Datuk Seri Shukri Abdull Timbalan Pesuruhjaya SPRM perlu
menjelaskan kepada rakyat Malaysia. Apa sebenarnya berlaku!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment