Wednesday, April 13, 2016

Pengakuan SPRM Terhadap Pegawainya Yang Rasuah!!!

Kurang 24 jam SPRM berjaya menjawab dan menafikan bahawa pegawainya ditahan kerana kes menjual serta membuang bukti Kes Rasuah Lim Guan Eng. Lebih laju berbanding siasatan kes SPRM terhadap Lim Guan Eng sudah berlalu melebihi 21 hari sejak 17 Mac lalu. Lim Guan Eng masih belum dipanggil.

Namun Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki MENGAKUI pegawai lelaki bernama Kenny Chua berusia lewat 30-an berasal dari Bukit Tambun Pulau Pinangditahan selepas disyaki meminta rasuah sebanyak RM20,000 sebagai wang perlindungan daripada seorang pegawai polis yang disiasat SPRM. Jelasnya rasuah telah berlaku berapapun jumlah wang yang diterima. Dan ini terang-terang memalukan SPRM.

SPRM menyatakan kertas siasatan bagipertuduhan sudah siap dan Kenny Chua dijangka didakwa esok 12 April 2016sama ada di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atau Shah Alam. Apakah pertuduhan itu? Apakah SPRM akan menyelamatkan pegawainya sekali lagi semata untuk menjaga imej SPRM.

Bagaimana jika kes ini tidak didedahkan bahawa ada Pegawai SPRM yang terlibat rasuah? Tentulah ia akan disembunyikan sahaja di bawah Carpet. Walauapapun berlaku kami mempertahankan dakwaan bahawa menurut sumber dalaman SPRM sememangnya pegawai berkenaan turut terlibat dengan untuk kes RM100 juta dan hal-hal Kes Lim Guan Eng. Kami akan mendedahkan kepincangan SPRM satu persatu!tunggu!

Penafian SPRM hanyalah untuk menutup malu dan menyembunyikan fakta sebenar. Di mana Dato’ Sri Shukri Abdull yang sepatutnya menjawab isu-isu yang dibangkitkan? Bukannya mengarahkan Pengarah Siasatan SPRM untuk menjawabnya. Kerana selama ini jika berlaku kes melibatkan pegawai SPRM Datuk Sri Shukrilah yang paling keras mempertahankan pegawainya.

Kepincangan SPRM antara Ketua Pesuruhjaya dan Timbalannya Dato’ Sri Shukri Abdull tidak boleh dibendung lagi. Kewujudan puak-puak di SPRM jelas merosakkan SPRM sebagai sebuah badan penting. Kes siasatan PDRM sebelum ini kepada SPRM berhubung pegawai nya yang membocor maklumat IMDB sudah jelas merosakkan badan SPRM.

Malah ketika kes ini “kecoh” Ketua Polis Negara membuat pengumuman penangguhan siasatan kebocoran maklumat. Sekarang isu IMDB telah selesai di peringkat PAC dan akan kembali ke SPRM bagi siasatan hal-hal berkaitan. Soalnya kredibiliti lagikah SPRM? Terbaru dengan kes penangkapan pegawainya dengan wang puluhan ribu ringgit yang nampak. Bagaimana yang tersembunyi?

SPRM berkata Suruhanjaya ini komited untuk menjalankan tugas membanteras jenayah rasuah secara bebas, telus dan profesional tetapi kes pegawainya pada 7 April 2016 jelas adalah isu-isu yang disembunyikan oleh SPRM dari pengetahuan luar.

Sumber lain berkata “budak Kenny baru 5 tahun dalam perkhidmatan. Ada yang mengenalinya secara peribadi dan mungkin terpengaruh dengan senior-senior dalaman SPRM yang dalam pasukan operasi SPRM yang tahu mengenai semua kenakalan mereka”.

Pegawai SPRM yang sentiasa Kawtim ini akhirnya ditangkap termasuk mendakwa ada berhubung dengan pihak – pihak berkaitan Lim Guan Eng.

Mari kita lihat drama seterusnya!. Sebelum ke pendedahan lain. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment