Wednesday, April 06, 2016
Pembangkang Masih Tidak Sedar Mereka Dianggap ‘Lipas’ Di Sarawak?
Sebagaimana maklum, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 bakal
berlangsung tidak lama lagi. Pembubaran Dewan Undangan Negeri itu
dijadualkan berlaku pada 11 April ini seperti yang diumumkan Ketua
Menteri, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini.
Barisan Nasional (BN) seperti biasa akan mempertahankan kemenangan pada
PRN Sarawak tersebut. Pencabarnya sudah tentulah Pakatan Harapan yang
diketuai DAP. PAS pun khabarnya sudah mula masuk berkempen di sana
walaupun dikatakan ‘hambar’.
Menurut maklumat dari Bumi Kenyalang itu, antara isu yang cuba dibawa
masuk pihak pembangkang ke Sarawak pada PRN kali ini adalah isu ‘UMNO
Sarawak’. Mereka menyebarkan cerita kononnya, Ahli Parlimen Petra Jaya,
Fadillah Yusof cuba menubuhkan UMNO di negeri itu.
Saya tidak pasti dari mana puak pembangkang dapat ilham untuk
mencipta fitnah tersebut. Mungkin dari ‘penjara’, mungkin juga ‘diluar
penjara’. Namun itulah isu yang sedang digembar-gemburkan di sana
sekarang.
Entah apa kebodohan melampau yang melanda pembangkang untuk membawa
provokasi tidak berasas begitu. Mahu mencetus kebencian rakyat Sarawak
terhadap BN? Tidakkah mereka tahu bahawa propaganda tersebut pernah
gagal teruk ketika cuba dimainkan dulu?
Untuk pengetahuan rakyat Sarawak, sekiranya dijemput dan dicadangkan
sekalipun oleh BN Negeri atau rakyat negeri Sarawak, saya yakin UMNO
tidak akan sesekali menubuhkan cawangan UMNO di sana. Itu penulis yakin.
Kenapa? Kerana UMNO memang terkenal tradisinya amat menghormati
pendirian rakyat Sarawak yang terdiri dari lebih 200 masyarakat
berbilang etnik di sana. Malah UMNO pun tahu bahawa bangsa Melayu bukan
majoriti di Sarawak dan bukan menjadi tunjang pentadbiran kerajaan
negeri sejak merdeka lagi.
Saya juga yakin UMNO tahu tentang konsep perkongsian kuasa dan
memberikan kebebasan sepenuhnya kepada parti-parti yang membentuk BN
Sarawak untuk menentukan apa yang terbaik bagi anak-anak Bumi Kenyalang.
Sejak dari 1963 lagi, itulah tradisi dan amalannya.
Apakah motif pihak pembangkang menggembar-gemburkan konon UMNO akan
masuk ke Sarawak? Pada pandangan saya, mungkin mereka cuba mencetus
persepsi konon rakyat Sarawak menolak UMNO? Itu dalam kepala otak
mereka?
Saya yakin, rakyat Sarawak tidak bodoh seperti puak pembangkang yang
mencetus propaganda seperti itu. Corak propaganda yang berunsur
provokatif seperti itu tidak akan dapat menembusi minda rakyat di negeri
tersebut yang terkenal dengan pendirian menolak politik kotor.
Lebih-lebih lagi taktik berkenaan yang selalu dimainkan di semenanjung
dan cuba diimport masuk ke sana, lagilah ia tidak laku di mata rakyat
Sarawak. Mereka di sana cukup menjaga keharmonian sesama mereka dan
menolak provokasi yang memecah-belahkan.
Beberapa rakan saya di Sarawak yang terdiri dari golongan ‘atas
pagar’ pernah memberitahu bahawa majoriti mereka di sana menolak
pembangkang kerana cuba mencemar keharmonian kaum, agama dan adat resam
masyarakat Bumi Kenyalang. Kerana itulah pembangkang tidak pernah
menang.
Dari pengalaman saya, budaya politik Sarawak adalah sangat berbeza
dengan budaya politik di Semenanjung. Mereka tidak agresif berpolitik,
menolak politik melampau, tidak suka provokasi dan sama sekali tidak
akan berkompromi dengan mereka yang cuba mencemar cara hidup masyarakat
Sarawak.
Jadi pesan saya pada pembangkang, tidak perlulah bawa perangai buruk
di Semenanjung ke Sarawak. Janganlah malukan orang Semenanjung di mata
orang Sarawak. Jangan ajar atau cemarkan masyarakat Sarawak dengan
budaya negatif yang pembangkang amalkan di sini.
Mungkin kerana itulah ramai pemimpin-pemimpin pembangkang yang disekat
masuk oleh Jabatan Imigresen di negeri tersebut. Jika pemimpin BN
Sarawak tidak sekat, mungkin mereka-mereka itu berpotensi mengajar
rakyat di sana untuk berkelakuan biadap, percaya pada pembohongan dan
menolak kebenaran.
Saya puji Sarawak kerana masih mampu bertahan dan tidak mudah
terpengaruh dengan perangai buruk pihak pembangkang, khususnya dari
Semenanjung. Selamat berkempen dan berjuang untuk mempertahankan Bumi
Kenyalang dari dirosakkan Pakatan Harapan!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment