Wednesday, April 06, 2016
HSBC Ditutup Secara Berperingkat Di Brunei
KUALA LUMPUR : Susulan kajian semula strategik, HSBC akan menutup secara
berperingkat operasinya di Brunei, yang terdiri daripada perkhidmatan
runcit, komersial dan perbankan global.
Proses penutupan berperingkat operasi itu bermula Rabu dan selepas itu
HSBC Brunei tidak akan lagi mengambil apa-apa akaun, kemudahan atau
perniagaan baharu, kata HSBC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada
Selasa.
Ini merupakan sebahagian daripada kajian semula perniagaan global
kumpulan itu dan merupakan satu langkah penting dalam matlamat HSBC
untuk mengoptimumkan rangkaian globalnya dan mengurangkan kerumitan yang
dinyatakan semasa HSBC Investor Update pada 9 Jun, 2015.
"Bagi meminimumkan kesan atau kesulitan kepada pelanggan kami, proses
itu akan dihentikan secara berperingkat dan dari semasa ke semasa dan
HSBC Brunei akan memastikan semua obligasi sedia ada kepada pelanggan
dipenuhi," kata bank itu.
HSBC Brunei akan berkomunikasi dengan setiap pelanggannya pada
bulan-bulan akan datang untuk menyediakan butiran terperinci dan
keperluan berkaitan dengan perkhidmatan dan akaun mereka dengan bank
itu.
Kakitangan yang terlibat dengan penutupan itu akan dilayan dengan adil
dan sejajar dengan nilai-nilai keperluan berkanun kumpulan itu, kata
HSBC.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment