Wednesday, April 06, 2016
Kedudukan Najib Kukuh, Lapor Firma Kewangan Antarabangsa
Firma kewangan antarabangsa yang membuat kaji selidik mengenai risiko
pelaburan, Kumpulan Nomura, dalam laporan terbarunya kepada
pelangan-pelangan syarikat tersebut memberitahu kedudukan Datuk Seri
Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia kekal kukuh selepas
pembangkang gagal menarik sokongan rakyat.
Menurut laporan kajian risiko itu, penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad
bersama-sama pemimpin pembangkang dalam usaha menjatuhkan Najib menerusi
Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi rakyat dengan mengumpul
sejuta tandatangan tidak mengugat kedudukan Najib.
Malah, kerjasama itu lebih menunjukkan kepincangan strategi pakatan tersebut, kata firma antarabangsa itu.
“Kami percaya Najib tidak akan akur dengan tuntutan sedemikian, seperti
yang dapat dilihat melalui perkembangan politik tahun lalu,” kata
kumpulan Nomura yang mana laporan penuh boleh diperolehi dari laman web
firma tersebut.
Menurut firma yang berpangkalan di Jepun itu, sebahagian besar pemimpin
pakatan pembangkang masih meragui niat sebenar Dr Mahathir mencetuskan
gerakan menjatuhkan Perdana Menteri.
“Dr Mahathir memberi jawapan yang kurang jelas apabila ditanya siapakah
yang akan menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri dan sama ada Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan sekiranya gerakan itu
berjaya,” kata kumpulan Nomura.
Sementara itu, Kumpulan Nomura yakin Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment