
Wednesday, April 06, 2016
Pilihanraya Sarawak... PAS Letak Calon Bukan Islam - Harakahdaily

PAS Sarawak buat julung kalinya akan meletakkan calon bukan Islam pada
Pilihan Raya Negeri Sarawak namun, identiti calon itu hanya akan
didedahkan kemudian, lapor lidah rasmi PAS Harakahdaily.
Calon bukan Islam itu adalah antara 11 calon PAS yang akan diletakkan,
dalam usaha untuk bertapak dalam politik Sarawak, pada pilihan raya
negeri ke-11.
Memetik kenyataan Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili yang
memberitahu "Pengumuman rasmi kesemua 11 calon, termasuk calon bukan
Islam itu dan satu-satunya calon wanita, akan diumumkan malam ini di
Bintulu," katanya.
Mukhtar berkata kali ini calon-calon PAS daripada pelbagai latar
belakang dan merupakan profesional daripada syarikat multinasional,
pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.
"Kami telah turun padang ke seluruh Sarawak menerusi program kami
dipanggil "Untukmu Sarawak" yang telah dilaksanakan pada 2014 dan
berdasarkan maklum balas, kami yakin yang kami ada peluang," katanya.
Bagi pilihan raya negeri ke-11, PAS akan bertanding di Samariang, Pantai
Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak,
Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) yang baru.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di
lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan
Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini mengumumkan
DUN akan dibubarkan pada 11 April ini bagi diadakan pilihan raya negeri
ke-11.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment