Wednesday, April 06, 2016
Pembinaan Lebuhraya : PSM Persoal Azmin Dengar Bantahan Rakyat Namun Projek Tetap Dilaksana
SHAH ALAM : Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempersoal sikap Menteri Besar
Selangor, Mohamed Azmin Ali mendengar bantahan rakyat terhadap pembinaan
beberapa lebuh raya namun projek didikendalikan oleh Kerajaan
Persekutuan tetap berjalan.
Setiausaha agungnya, A. Sivarajan berkata, disebabkan itu PSM mendesak
menteri besar supaya berjumpa semula dengan rakyat dan juga badan bukan
kerajaan (NGO) yang membantah untuk membincang kesan dan akibat daripada
pembinaan lebuh raya berkenaan.
"Kita tidak faham apa rasionalnya yang beliau (Azmin) berkata bahawa
mereka telah mendengar bantahan rakyat. Telah menerima komen-komen
tersebut dan membuat perubahan. Ini adalah sesuatu yang silap dan kita
memang menolak sepenuhnya pembinaan lebuhraya ini.
"Panggil balik semua orang yang bantah (pembinaan lebuh raya). Adakan
satu persidangan atau pertemuan supaya kita boleh bincang semula,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum di lobi
Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).
Siva juga menyelar sikap kerajaan negeri tidak menjelaskan secara
terperinci kepada rakyat kesan yang perlu ditanggung akibat pembinaan
lebuh raya ini.
Katanya, jangan menunding jari kepada PSM apabila mengeluarkan kenyataan
kepada media tapi kerajaan negeri sendiri tidak memperjelaskan secara
telus.
"Bila PSM kita keluarkan kenyataan mengenai benda ini (lebuh raya)
mereka marah sangat, setiausaha menteri besar terus hubungi saya.
"Jadi kamu adakan sidang media jadi berikan penjelasan kamu," ujarnya.
Beberapa NGO alam sekitar mendakwa pembinaan lebuh raya Lembah Klang
Timur (EKVE), Projek Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Klang (Suke) dan Lebuh
Raya Damansara-Shah Alam (Dash) akan mengakibatkan kemusnahan hutan
simpan di Selangor.
Hutan simpanan terbabit ialah Hutan Rimba Ambang, Hutan Ulu Gombak,
Hutan Bukit Cerakah , Hutan Sungai Buloh dan Hutan Bukit Sungei Puteh.
Sebelum ini Azmin dilapor berjumpa beberapa NGO bagi memberi penjelasan
berkenaan pembinaan EKVE yang didakwa mengancam habitat haiwan di hutan
simpan tempatan Januari lalu, penampakan seekor kambing gurun Sumatera (Capricornis
sumatraensis) yang juga spesies terancam di kawasan Ukay Perdana
mencetuskan kebimbangan habitat haiwan itu diganggu berikutan pembinaan
EKVE.
Kawasan Hutan Simpan Ampang diisytiharkan sebagai zon larangan masuk
bagi pelawat untuk memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya bertol
39.5km yang akan menghubungkan Sungai Long ke Damansara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment