Wednesday, April 06, 2016
Syabas PM Kita.... Najib Lawat Pemain Golf Negara Di HKL
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa
melawat pemain golf negara Shaaban Hussin yang dirawat di Hospital
Kuala Lumpur (HKL) selepas terbabit kemalangan pada Khamis lepas.
"Bantuan dan sokongan moral menerusi Malaysian Golfers' Association,
Majlis Sukan Negara dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan akan
diberikan kepada Shaaban dan keluarga beliau untuk melalui detik sukar
ini, Insya-Allah," kata Najib menerusi catatan terbaharunya dalam laman
facebook beliau pada Selasa.
Shaaban, 36, yang menaiki motosikal berkuasa tinggi terbabas semasa cuba
mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie pada 31
Mac lepas.
Kemalangan itu menyebabkan juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 itu cedera di tangan dan kaki kirinya.
Ketika kejadian, Shaaban dalam perjalanan dari rumahnya di Kota
Damansara ke Kelab Golf & Country Glenmarie di Shah Alam bagi
menjalani latihan untuk menyertai Kejohanan Darul Aman PGM di Kedah,
minggu ini.
Pencapaian terbaik Shaaban pada musim ini ialah menduduki tempat kelima
Kejohanan PGM CCM Rahman Putra di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment