Wednesday, April 13, 2016
Pemuda UMNO Desak Halangan Ke Atas Dr Zakir Ditarik Balik
KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO hari ini mendesak pihak Polis
untuk kembali membenarkan ceramah oleh Dr Zakir Naik yang telah
dirancang di Malaysia oleh beberapa penganjur termasuk Universiti
Teknikal Malaysia yang dijadualkan hari ini.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Datuk Harun dalam satu kenyataan berkata
pihaknya memandang serius terhadap halangan yang dibuat kerana ia telah
mencemar prinsip kebebasan beragama.
“Kita
menganggap semua rakyat berhak mempraktikkan disiplin dan dakwah agama
masing-masing selagi mana ia tidak melanggar undang-undang.
“Kita juga percaya ia menjadi tanggungjawab penuh pihak polis untuk
menyediakan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam tetapi bukan
dengan mengambil pendekatan mudah dengan membatalkan ceramah tersebut,”
katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini.
Sehubungan itu katanya lagi, Pemuda UMNO mengajak rakyat untuk lebih
bersikap matang dan tidak mudah dipengaruhi oleh pergerakan-pergerakan
NGO yang bersifat ektremis yang telah menanam sifat benci dan ketakutan
sehingga rakyat tidak boleh menilai kebaikan sesuatu perkara.
Zakir dijadual berucap menyampaikan ceramah bertajuk ‘Persamaan
antara agama Hindu dan Islam’ pada 17 April ini di kampus Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
Beliau yang pernah diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun
2012 kini di Terengganu untuk menghadiri beberapa acara di bawah
jemputan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Razif Ismail.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment