
Wednesday, April 13, 2016
Ringgit, Matawang Terbaik Di Asia - PM Najib

Mata wang ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia setakat tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan rombakan
kabinet pada 28 Julai tahun lalu sedikit sebanyak memberi sumbangan ke
atas prestasi positif berkenaan.
“Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya
terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar.
Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar.
“Malah ada yang mempunyai prinsip sendiri, mendesak campur tangan
asing dan ada juga bijak pandai, memburuk-burukan Malaysia. Mereka
mempunyai agenda dan kepentingan peribadi diletakkan mengatasi
kepentingan negara. Bagi mereka, kerosakan ke atas negara hanya
kolateral. Bagi mereka tindakan itu wajar,” katanya dalam ucaptama pada
Invest Malaysia 2016 di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika ini, asas ekonomi Malaysia juga mapan dipacu
oleh pasaran model Islam yang merekodkan pertumbuhan positif iaitu 6.7
peratus sekali gus mengekalkan kedudukan negara sebagai peneraju sukuk
global.
Katanya, prestasi berkenaan berjaya membolehkan Malaysia mengekalkan
rekod pasaran aktif paling lama di dunia seperti direkodkan dalam Bursa
Malaysia.
Menurutnya di samping ekonomi negara yang berkembang baik, ada pihak
membuat pelbagai tuduhan liar termasuk mengenai 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Najib berkata minggu lepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
membentangkan laporan mengenai 1MDB di Parlimen yang mengenal pasti
kelemahan pengurusan dan struktur 1MDB dan laporan itu membuktikan
dakwaan kehilangan RM42 bilion seperti didakwa sesetengah pihak adalah
palsu.
Beliau berkata yang jelas ada proses rasionalisasi yang berjalan lancar dengan hutang besar berjaya diselesaikan.
“Pada tahun-tahun mendatang, 1MDB akan mencatat legasi sebenar dan
akan diingati. Sejarah akan menunjukkan bahawa dakwaan memalukan
bermotifkan politik dibuat bagi menumbangkan kerajaan yang dipilih
secara demokrasi adalah palsu,” katanya.
Najib berkata fakta membuktikan dakwaan itu salah dan sudah sampai
masanya untuk bergerak ke depan dan memberi tumpuan semula ke arah
memperkukuh ekonomi Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata mulai tahun ini, kerajaan akan
mewajibkan syarikat senaraian awam mengemukakan gender ahli lembaga
pengarah dan pengurusan kanan masing-masing dalam laporan tahunan selain
syarat sedia ada membabitkan dasar pendedahan mengenai kepelbagaian
dalam lembaga pengarah.
Beliau berkata Suruhanjaya Sekuriti sedang berusaha untuk memperkukuh
cadangan syarat kepelbagaian gender dalam semakan semula Kod Tadbir
Urus Korporat Malaysia yang akan dikeluarkan lewat tahun ini.
Perdana Menteri juga menggesa pasaran modal menjadi peneraju dalam
program pembangunan kapasiti dan keupayaan bagi menyegerakan pencapaian
Malaysia dalam kepelbagaian gender, dan memastikan sekurang-kurangnya
100 wanita dilantik sebagai lembaga pengarah dalam syarikat pasaran
modal selepas tahun pertama pelaksanaannya.
“Saya gembira mengumumkan bahawa kini dalam usaha merealisasikan
matlamat memenungi matlamat 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah 100
syarikat terkemuka negara, kita hanya perlukan 130 wanita lagi,” kata
Najib.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment