Wednesday, April 13, 2016
Tangkap Warga Asing Memandu Kenderaan Tanpa Lesen !!
Polis digesa menangkap pendatang asing yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal di negara ini tanpa lesen memandu sah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata
warganegara asing seperti Bangladesh dan Pakistan antara yang paling
ramai dikesan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.
"Saya kecewa dengan situasi kerana boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen.
"Pasport yang digunakan mereka pula adalah bertujuan untuk pelancongan,"
katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup olahraga
peringkat kebangsaan di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, hari Ahad.
Shahidan berkata kebanyakan warga asing berkenaan dikenal pasti
menggunakan motosikal sebagai kenderaan untuk menjual aiskrim dan
karpet.
Justeru katanya, penangkapan warga asing yang tidak mempunyai lesen
dilihat mampu menangkis persepsi masyarakat yang kononnya warga asing
bebas menunggang motosikal tanpa lesen, tetapi warganegara sendiri
(pelajar sekolah) ditangkap.
Betul! Sepatutnya mereka ini perlu mengikut undang-undang. Jangan beri
sewenang-wenngnya kemudahan. Lagipun dengan tiada lesen pun merbahaya
juga kalau jadi apa-apa.
Tak baik untuk rakyat kita termasuk diri mereka. Kalau patah riuk nanti
nak jadi apa. Apapun tindakan undang-undang mesti diikuti. Baik rakyat
Malaysia mahupun warga asing.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment