Wednesday, April 06, 2016

Tapisan Keselamatan Penjawat Awam Jangan Hanya Retorik

azalina othman said
Untuk bersikap adil, kita pasti setuju bahawa perkhidmatan awam di negara ini mengalami perubahan yang ketara dari segi layanan perkhidmatan termasuklah dari segi pengurusan masa perkhidmatan dan kadar keberkesanan berbanding era 80-an dan 90-an.

Walau masih ada terdapat rungutan-rungutan di beberapa kaunter perkhidmatan awam, ianya bukanlah mewakili majoriti sifat penjawat awam. Dan kita juga perlu mengakui bahawa masih ada ruang yang perlu diperbaiki.  Itu normal. Namun, kini seperti sudah ada “trend” untuk mengenakan penjawat awam, dengan sengaja merakam provokasi yang dirancang agar tindakbalas dari penjawat awam itu dapat diviralkan lantas memberi imej buruk kepada kerajaan.

Kebimbangan utama sejak kebelakangan ini adalah ketirisan, atau kebocoran maklumat-maklumat sulit dan rahsia. Apa yang mengejutkan, terdapat juga maklumat-maklumat yang sudah melepasi saringan SPRM dan Bank Negara dan telah mendapat “clearance”, namun berjaya juga dibocorkan lantas dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik.

Tindakan untuk mengenakan tapisan keselamatan terhadap penjawat awam amat bertepatan dalam cita-cita kerajaan untuk memastikan tiada kebocoran maklumat-maklumat penting. Mungkin sahaja apa yang kita sudah lihat, hanya melibatkan tujuan politik, tetapi bagaimana pula yang melibatkan keselamatan negara? Adakah kita tahu?

Oleh yang demikian, dengan mewajibkan penjawat awam lulus tapisan keselamatan samada sebelum atau selepas disahkan di dalam perkhidmatan adalah perkara yang sangat dituntut. Negara tidak mampu mempunyai barisan pentadbir yang tidak amanah.

Apa yang diharapkan, agar tapisan ini benar-benar dilaksanakan dengan perincian yang lebih baik bagi memastikan prosedur tapisan tidak bersifat “seperti melepaskan batok di tangga”. Dalam hal ehwal keselamatan negara, pasti tiada kompromi.

Perlu juga kerajaan melihat kepada kecenderungan politik individu, kerana keaktifan berpolitik juga boleh mengakibat ketidaksetiaan individu terbabit terhadap kerajaan. Mungkin benar, masih wujud individu yang mampu membezakan antara pegangan politik, dan professionalisma selaku penjawat awam.

Hakikatnya, apabila kita cuba memberi peluang kepada individu-individu sebegini untuk berada di posisi-posisi strategik, kebarangkalian untuk maklumat itu bocor adalah lebih besar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment