Wednesday, April 06, 2016
Ditangkap Pada Rafizi Satu Kemegahan, Balaci Nak Bising Apa?
Dibandingkan dengan semua ahli parlimen
pembangkang sedia ada (87 orang + 1 dari BN), hanya Rafizi si sotong
kering ini saja yang nampaknya suka di’candat’ polis. Dah kata dokumen
audit 1MDB diklasifikasikan bawah OSA, tunggu bahas kat parlimen dulu
baru dedah, datang dia dedah juga sebelum masanya.
Begitu juga pasal BAFIA, dah kata dah
maklumat bank orang lain tak boleh dedah, datang dia buat bodoh gitu
saja dengan mendedahkan. Bila dia buat pengisytiharan harta pandai
pulak sorok nombor akaun, bab NFC dulu, habis semua rekod bank orang tu
ditunjukkannya.
Membuktikan disitu, sotong kering ni
memang suka buat pasal agar kena tangkap. Dipakai baju lokap dengan
tangan bergari ni, pada dia satu kemegahan, kebanggaan. Buat-buat ambik
gambar candid la, nak dapat simpati tapi dalam hati melonjak-lonjak tu.
Pasal dia tahu duk lokap pun tak lama,
bersusun lawyer menunggu nak membawa dia keluar selepas sehari dua.
Tapi gambar? Kekal selama-lamanya, seolah-olah bertahun itu jugak dia
disumbat dalam tahanan, walhal semalam dua je pun.
Modal sama dari zaman reformasi dulu
sampai sekarang, yang beza nama saja tapi tujuannya itu juga, nak dapat
populariti, bodohkan rakyat dan buka peluang hentam kerajaan.
Itu yang buat saya hairan ni, balaci
dia yang bersungguh-sungguh hentam kerajaan pasal Rafizi kena tangkap
dalam page Facebooknya tu apahal? Dia memang suka kena tangkap la wei.
Boleh jadi modal kempen besar besok tu, yang balaci pulak terlebih
bising kenapa?
Jangan terperangkaplah dengan lakonan
murahan macam ni, zaman makin maju tapi rakyat nak makin bodoh ke, mudah
sangat kena kencing dek ahli politik takde etika?
Dia kena tangkap ni rakyat untung apa,
rugi apa? Siapa pesara tentera yang tak dapat pencen sebab kononnya
1MDB lambat bayar hutang LTAT? Beratus ribu kalau tak berjuta bekas
tentera berpencen ni, mana sorang yang tak dapat pencen? Bukan mintak
ramai, satu cukup tak dapat pencen sebab 1MDB konon lambat bayar
pinjaman LTAT, ada?
Mudah benar kena tipu, bala ke petunjuk dari Tuhan pun tak tahu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment