Wednesday, April 06, 2016

Umat Di Zaman Ini ‘Diharamkan’ Menyumbang Demi Kepentingan Islam?

EDITOR MENULIS...
5 APRIL 2016
treasure
Sekiranya anda seorang yang beragama Islam, hidup yang dilimpahi kemewahan rezeki dari Allah SWT dengan memiliki kekayaan berbilion-trilion pound sterling, maka anda sepatutnya berhati-hati dan tidak memberikan wang anda kepada pihak ketiga.

Anda digalakkan untuk menyimpan semua harta kekayaan anda untuk anda dan keluarga sehingga mati. Jika boleh, sekiranya anda meninggal dunia, maka segala harta kekayaan anda itu adalah lebih afdhal ditanam bersama anda bila dikuburkan nanti.

Anda perlu bersifat kedekut dengan harta kekayaan anda walaupun anda mampu membantu puluhan juta umat Islam di seluruh dunia yang hidup dihimpit kemiskinan, peperangan, penindasan, wabak penyakit, diskriminasi dan sebagainya.

Sekiranya anda berdegil dan tetap mahu menyumbang wang anda untuk kebajikan umat Islam di seluruh dunia, maka mungkin akan ada yang menuduh anda ‘gila’, ‘mabuk’ atau ‘tidak waras’.

Apatah lagi jika wang sumbangan anda itu diberikan kepada pemimpin politik Islam yang kuat bekerja menjaga kebajikan dan kepentingan umat Islam serantau, ia adalah dilarang sama sekali dan ‘berdosa besar’ jika dirujuk pada ‘fatwa’nya.

Berapa nilai kekayaan anda miliki? USD$900 trilion? Itu jumlahyang tertera di atas kertas umum saja. Bagaimana dengan kekayaan yang ‘tersembunyi’ dan ‘selamat’ dari pengetahuan dunia? Lebih dari itu, bukan? Itu rahsia anda, saya tak mahu tahu.

Dari menyumbang peratusan yang sangat kecil untuk kebajikan umat Islam di rantau Asia Tenggara, adalah lebih baik anda beli ratusa buah kereta mewah Bentley yang diperbuat dari emas bertatahkan berlian. Itu tidak dipanggil ‘mabuk’ atau ‘gila’…
emas
Di zaman ini, sumbangan untuk kepentingan politik umat Islam adalah menjadi satu ‘dosa besar’. Mereka yang tidak sekaya anda akan memandang serong pada anda jika anda berbuat demikian. Mereka akan cepat melatah dan mencerca anda yang pelbagai hinaan walaupun anda telah meninggal dunia.

Di zaman ini juga, kita perlu sedar bahawa hanya mereka saja yang betul. Apa saja yang terbit dari mulut mereka, itu dianggap ‘fatwa’ dan ‘benar-benar belaka’. Jika melawan, anda akan dituduh sebagai ‘pemakan dedak’, ‘macai’ dan sewaktu dengannya…

Jadi, kerana itulah saya berpesan kepada umat Islam yang diberi rezeki luar biasa di dunia ini supaya menekankan sikap ‘kedekut’ dalam diri mereka dan tidak melakukan kebajikan demi kepentingan ummah. Ia adalah salah dari sudut ‘hukum deklarasi’.

Sekiranya saya adalah salah seorang kaya raya seperti keluarga DiRaja Arab Saudi, Sultan Brunei dan setaraf dengan mereka, saya yakin satu sen pun saya tidak akan sumbangkan ke arah kepentingan umat Islam yang menderita di seluruh dunia.

Mungkin jadi seperti Qarun di zaman ini dipandang ‘mulia’, manakala bersifat seperti Abu Bakar As-Siddiq atau Abdur Rahman Ibnu Auf akan dianggap sebagai ‘gila’, ‘mabuk’ dan ‘tidak waras’? Itukah bentuk dan peradaban ‘dunia’ di zaman ini?

Saya akan simpan semua harta saya yang berkoyan-koyan itu dan belanjakan untuk kepentingan saya sahaja. Jika saya meninggal dunia nanti, saya akan wasiatkan supaya semua harta saya itu dibakar, dimusnahkan dan semua abunya dikuburkan bersama mayat saya di dalam tanah! #MohonTerasa…

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment