
Wednesday, April 13, 2016
Zakir Naik: Banyak Ceramah Diteruskan, Sedikit Yg Batal Dijadikan Isu
EDITOR MENULIS...
13 APRIL 2016
Siri jelajah ceramah pendakwah
antarabangsa terkenal, Dr. Zakir Naik di negara in, khabarnya meliputi
lebih dari 10 siri ceramah seluruh negara, bermula di Terengganu
kelmarin.
Ala, program yang budak pro Pakatan kena bahan itu lah. Malah, malam tadi pun ada satu ceramah Zakir Naik diadakan.
Memang ada satu dua ceramah yang
dinasihat polis untuk dibatalkan kerana tajuknya mengundang kontroversi.
Antaranya membincangkan persamaan antara agama A dengan agama B, itu
tak bolehlah. Itu pun sebenarnya bukan masalah, tajuk itu saja tukar,
selesailah, ceramah boleh jalan macam biasa la kot sebab polis kata
dinasihat batal tu sebab tajuknya.
Kalau saya silap maafkanlah saya tapi apa pun yang penting, benda boleh selesai kalau bawak bincang.
Tapi seperti mana rasminya di Malaysia
ini, apa saja isu, ada orang tak minat nak cari penyelesaian, dia suka
macam mana nak panjangkan isu untuk bangkit rasa benci pada kerajaan,
pada polis. Puak ini mudah nak kenal, mulutnya, tulisannya sikit-sikit
rujuk Al-Quran tapi dalam masa yang sama membangkit kebencian sesama
Islam.
Pakatan serta sekutunya, satu dua artis tidak laku, NGO-NGO yang kononnya mewakili Islam – antara puak yang saya maksudkan.
Mungkin juga isu ini diperbesarkan sebab
nak mengalih perhatian dari kontroversi banglo diskaun Guan Eng yang
mana proses siasatannya dirasakan begitu perlahan sekalipun begitu
banyak dokumen telah didedahkan.
Kebarangkalian ini tak boleh ditolak
sebab ini bukan kali pertama Zakir Naik datang negara ini, sudah banyak
kali. Bahkan beliau pernah menerima anugerah tokoh Maal Hijrah dari
kerajaan Malaysia yang diperintah BN pada 2013, nak kata BN tolak Islam
(dengan melarang ceramah Zakir Naik) macam mana?
Guna akal sikit wahai artis yang berkenaan ya. Bodoh tu jangan tunjuk kat orang, simpan elok-elok.
Justeru, nak dijelaskan disini bahawa
larangan polis bukan bermaksud kerajaan anti Islam sebab sebahagian
besar ceramah Zakir Naik masih diteruskan. Kalau anti Islam, larang
terus dan Zakir Naik dihantar balik. Jika itu berlaku, saya sendiri pun akan
tegur juga.
Masalahnya tak berlaku macam itu dan
sememangnya tajuk ceramah yang dilarang polis itu berbunyi kontroversi
dan menyentuh sensiviti penganut agama lain.
Oleh demikian janganlah rakyat percaya
dengan cakap cakap konon larangan itu kerana mendengar kata kafir. Ini
semua berbaur hasutan dan polis patut siasat mereka yang keluar
kenyataan macam itu kerana dilihat cuba nak melaga-lagakan rakyat di
negara kita.
Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment