Wednesday, April 13, 2016

Zakir Naik : Kebebasan Bersuara Pakatan Hanya Untuk Agama Selain Islam?

EDITOR MENULIS...
13 APRIL 2016
https://www.halaltube.com/wp-content/uploads/2008/08/zakir-naik.jpg
Nampaknya, setakat ini pembangkang tidak ada komen tentang keputusan pihak polis membatalkan program ceramah pendakwah dari India, Dr. Zakir Naik di Melaka. Disamping itu, satu program ceramah membabitkan individu sama di tempat lain juga khabarnya telah dibatalkan.

Jarang atau tidak pernah berlaku keadaan macam ini – bila kebebasan bersuara disekat dan pembangkang tidak bercakap apa mengenainya. Aktivis komunis Filipina nak datang dan dihalang, pembangkang memekak, aktivis demonstrasi Hongkong nak datang dan dihalang, pembangkang menyalak, kononnya hak asasi (bercakap) dinafikan.

Begitu juga dalam isu kalimah Allah, betapa sensitif isu tu kalau nak diikutkan tapi pembangkang bebas membahaskan secara terbuka, tak peduli sensitiviti pulak?  Sebab, hak kebebasan bersuara kononnya.

Tapi dalam kes Zakir Naik ini berbeza.

Saya taknak bahas kewajaran ceramah itu dibatalkan atau tidak, penulis percaya pihak polis sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan di negara ini tahulah apa yang patut dibuat.

Cuma kesenyapan pembangkang dalam hal ini tu yang pada penulis menjadi bukti bahawa mereka juga bersetuju bahawa kebebasan bersuara di negara ni perlu ada had.  Lama dah kita sebut ni tapi pembangkang kata tak, boleh cakap apa saja.

Sekarang bila tang kena dengan mereka (sekutu pembangkang, Hindraf, membantah), senyap saja pulak, tahu pulak kebebasan bersuara ni memang perlu ada had, hormat sensitiviti dan sebagainya ya.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment