Wednesday, April 13, 2016
Yang Disebut R&D Rupanya Nak Bayar Hutang Vendor?
Sebelum ini bekas ahli UMNO, Mahathir Mohamad ketika menjadi Pengerusi Proton
mendakwa, syarikat itu memerlukan suntikan dana berbilion daripada
kerajaan untuk tujuan R&D, kalau tak silap kitalah tentang
pembangunan enjin hybrid dan elektrik.
Tak sepatah disebut tentang nak bayar
hutang, kita pun tak tahu Proton ada masalah nak bayar hutang sebab
kalau ikut Mahathir, syarikat tu semasa berpengerusikan dia, macam tidak
ada masalah langsung, semuanya baik.
Yang ada ‘masalah’ ni (kata Mahathir)
1MDB sebab Datuk Seri Najib Tun Razak Pengerusi Lembaga Penasihatnya
(bukan Lembaga Pengarahnya).
Kalau tak silap juga, pernah
diwar-warkan tentang kewujudan satu prototaip hybrid oleh Proton ketika
itu, konon nak menunjuk apa yang didakwa itu (perlu dana untuk tujuan
R&D) adalah benar dan kerajaan tidak ada pilihan melainkan beri
wang.
Setelah Mahathir meletak jawatan
Pengerusi dan kerajaan bersetuju meluluskan pinjaman mudah RM 1.5
billion kepada Proton, barulah kita tahu bahawa tujuan suntikan dana itu
antara lain (sebahagian besar?) adalah untuk membayar hutang
vendor-vendornya.
La, nak bayar hutang rupanya, bukan nak
buat R&D enjin baru? Kalau ada (pinjam duit nak buat R&D) baik
kerajaan dah cakap, tapi yang disebut setakat ni hanyalah untuk bayar
hutang vendor, takde cerita R&D.
Kita tak dapat nak pastikan sama ada syarikat
pembuat kenderaan lain di dunia turut meminta dana dari kerajaan negara
masing-masing untuk tujuan pembangunan kenderaan hybrid dan elektrik,
rasanya tidak ada sebab itulah kerajaan kita ragu-ragu dengan permintaan
Proton (melalui Mahathir), tunggu dia ‘belah’ dulu baru boleh
diluluskan.
Wang rakyat ni yang kita cakap walaupun
dalam bentuk pinjaman, kerajaan hari ini bertanggungjawab menguruskan
wang rakyat dengan baik. Nak bagi pinjam pun mesti ada daya untuk bayar
balik. Apa kata kalau Proton tak mampu nak bayar balik, siapa punya
duit yang hangus nanti?
Ini masalah dengan Mahathir, mulut dia
cakap lain, yang sebenarnya lain. Logiknya syarikat yang buat R&D
ni adalah syarikat yang berjaya, masalah hutang sekalipun ada, diurus
dengan baik – semua syarikat pun ada hutang, adatlah meniaga tapi bukan
sampai pinjam duit rakyat untuk bayar hutang!!
Kalau syarikat kerajaan tu lain, ni syarikat swasta.
Anyway, sebahagian besar syarikat vendor
ni (yang nak dibayar hutangnya guna duit rakyat) siapa yang punya ya?
Fikirlah, nanti semua titik-titik itu pastinya akan bersambung...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment