Thursday, December 11, 2014

Naik Kelas Ekonomi Tak Semestinya Marhaen Tapi Tiket Bisnes Habis

12 Disember 2014 : KEBELAKANGAN ini ada digembar gemburkan tentang seorang Menteri yang naik penerbangan kelas ekonomi. Dipuja pujilah tindakan tersebut dan digambarkan dengan begitu berlebihan sekali seolah-olah Menteri berkenaan adalah seorang yang marhaen dan sebagainya.

Kebetulan Presiden baru Indonesia, Joko Widodo baru-baru menggemparkan Indonesia apabila menggunakan duit sendiri untuk menaiki penerbangank kelas ekonomi ke Singapura menghadiri konvokesyen anaknya yang belajar di sana.

Mungkinlah kesempatan ini digunakan banyak pihak (termasuk Menteri yang berkenaan) untuk menggunakan penerbangan kelas ekonomi juga.

Walhal dalam setahun, berapa kali Menteri berkenaan menggunakan kapal terbang untuk bergerak dan dari jumlah tersebut, berapa kali dia naik kelas ekonomi? Ini tak pernah dikaji, hanya satu kali ‘lakonan’ itu saja yang dijadikan rujukan zaman berzaman.

Menurut sumber penulis pula, di negara ini bukanlah satu kejanggalan untuk seorang Menteri naik kelas ekonomi, ada Menteri yang naik Air Asia pun dalam mengadakan perjalanan, tapi tak dihebohkan sebab beliau memang taknak heboh-heboh.

Lebih penting lagi menurut sumber tersebut, pilihan untuk naik kelas ekonomi, Air Asia dan sebagainya serta tidak menggunakan peruntukkan untuk naik kelas perniagaan, tidak sama sekali berkaitan dengan Menteri berkenaan marhaen atau tidak tapi dalam banyak hal sebab tiket penerbangan kelas perniagaan habis dan program yang dijadualkan sudah tidak dapat dipinda lagi.

Itu saja sebabnya, bukan sebab marhaen apa segala.

Sebetulnya penulis nak kata, Menteri berkenaan belajar dari pengalaman sendiri ketika pertama kali bertanding kerusi parlimen pada tahun 2008. Pada ketika itu, dia dan pasukan kempennya menggunakan 3 buah kenderaan mewah bercermin gelap ke hulu ke hilir berjumpa rakyat di kawasan Parlimen yang boleh disifatkan sebagai kawasan parlimen luar bandar.

Tindakannya itu menjelekkan orang kampung dan akhirnya dia masih menang (kerana kawasan itu memang kubu kuat BN) tapi dengan majoriti hampir 3 kali ganda lebih rendah dari orang sebelumnya yang menang disitu.

Sejak itu dia mengubah pendekatan tersebut bermewah ini dan hasilnya, jumlah undi yang diterimanya dalam PRU13 kembali meningkat sebab kawasan itu memang seperti yang disebutkan di atas kubu kuat BN, cuma yang diperlukan ialah calon yang sederhana perwatakannya.

Penjelasan ini perlu – bukan sebab penulis nak menyerang pemimpin sendiri tapi bagi membetulkan persepsi sesetengah pihak yang mengatakan Menteri seorang ini marhaen sementara Menteri BN yang lain berlagak sebab tak naik kelas ekonomi macam dia.

Bukan berlagak, tapi atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Disediakan oleh : EDITOR

Dakwaan Rasuah RM 1.8 Juta: Ahmad Said buat laporan polis, “Jumpa Pemberi Rasuah”

9 Disember 2014, KUALA TERENGGANU – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini tampil membuat laporan polis berhubung penya­lahgunaan namanya oleh individu bergelar ‘Datuk’ yang memperdayakan seorang pengurus kilang melibatkan wang sebanyak RM1.8 juta.

Pengurus Kilang Papan Jaya Seberang Takir Sdn. Bhd yang berasal dari Singapura itu dikatakan menyerahkan wang berkenaan untuk mendapatkan kawasan pembalakan di bawah skim kilang papan oleh individu terlibat iaitu ‘Datuk Gulam Fazillah Abd. Khalil’ yang kononnya rapat dengan Ahmad.

Menurut Ahmad, ‘Datuk’ ber­kenaan memperdayakan mangsa bahawa wang tersebut untuk diberikan kepada beliau yang ketika itu masih memegang jawatan pe­mimpin negeri sebagai habuan bagi mendapatkan kelulusan kawasan.

Tegasnya, beliau langsung tidak mengenali atau tidak pernah berurusan dengan ‘Datuk Gulam Fazillah’ itu namun percaya lelaki tersebut berasal dari Pulau Pinang berasaskan nombor kad pengena­lannya.

Beliau memberitahu, perkara itu hanya disedarinya pada September lalu iaitu selepas beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar.

“Saya dimaklumkan oleh seseorang bahawa ada seorang warga Singapura yang marah setelah ditipu sebanyak RM1.8 juta untuk mendapatkan satu kawasan pembalakan dengan menggunakan nama saya.

“Saya minta untuk berjumpa dengan pengurus itu dan mene­rangkan perkara sebenar sambil mengharapkan supaya dia membuat laporan polis. Bagaimanapun, setakat ini, difahamkan dia masih belum berbuat demikian.

“Jadi, saya terpaksa membuat laporan polis terlebih dahulu kerana perkara ini mencemarkan nama baik dan reputasi saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD), di sini hari ini.

Beliau berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera berhubung perkara tersebut bagi membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.

“Saya kena buat laporan juga sebab kalau tak buat, nanti orang ingat saya yang ambil duit itu,” katanya.

 Utusan Online

Bible dicap elak diedar semula di Selangor.

12 Disember 2014 : 321 buah kitab Bible dan 30 salinan Gospel St Luke yang dipulangkan bersama cap amaran adalah bagi mengelakkan ia diedar di Selangor.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata demikian dalam satu temubual bersama akhbar The Star sempena Hari Keputeraan baginda, pada Khamis.

Baginda bertitah bahawa Persatuan Gereja Sarawak (ACS), iaitu penerima bible berkenaan, sedia maklum tentang cap tersebut.

Sultan memberitahu, Bible itu dicap kerana terdapat pelanggaran perundangan tahun 1988 meskipun Peguam Negara memutuskan tiada perkara yang menyalahi undang-undang.

Sultan juga menggesa masyarakat bukan Islam menghormati dan melindungi sensitiviti agama orang Islam di Malaysia, terutamanya di Selangor.

“Beta berharap pengedaran dan percetakan Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ tidak lagi dilakukan di Selangor.

“Undang-undangnya khusus dan jelas. Ia menjadi satu kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Tetapi, pada masa sama kita harus ingat, Bible yang dirampas itu milik orang Kristian. Ia mesti dipulangkan kepada pemilik sebenar,” baginda dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Pertubuhan Bible Malaysia kecewa apabila mendapati 321 buah kitab Bible dan 30 salinan Gospel St. Luke yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari lalu dipulangkan kepada mereka dalam keadaan halamannya sudah dicap dengan amaran.

Dalam sebuah kenyataan media yang ditandatangani Presidennya, Bishop Datuk Ng Moon Hing, berkata bahawa tindakan itu seolah-olah membelakangkan titah Sultan Selangor agar isu rampasan Bible tersebut diselesaikan segera.

Cap amaran itu tertera: “Penggunaan terhad kepada orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan di mana-mana bahagian di dalam negeri Selangor selaras dengan Seksyen 9 (1) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.”

Sumber Awani

Ahli UMNO Jangan Terperangkap Dengan Maksud ‘Peremajaan’ Parti

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Pengerusi Perhubungan UMNO Melak,a Datuk Seri Idris Haron, yang juga Ketua Menteri berkata, semua ahli UMNO harus ada satu definasi menyeluruh terhadap perkataan ‘peremajaan’ parti UMNO.

Jelas beliau, jika maksud perkataan tersebut difahami atas sifat usia maka individu tersebut berada dalam ruang lingkup yang sangat kecil.

“Janganlah kita hadkan pemikiran kita kepada ruang lingkup sebegini. Kita kena faham bahawa maksud peremajaan itu bukan hanya tertakluk kepada usia tetapi lebih kepada pendekatan gaya, skil, kemahiran, kumpulan-kumpulan individu dan nilai-nilai untuk dikongsi bersama.

“Inilah sebenarnya semangat sebenar peremajaan parti. Kalau katakan UMNO dipimpin oleh orang muda sekalipun, tetapi nilai-nilainya masih tidak dikongsi, perlu diingat bahawa gagasan UMNO meletakkan Islam sebagai yang paling tinggi tidak akan tercapai,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tertutup bersama ahli Kelab UMNO Luar Negara (KULN) bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Tambah beliau, kepimpinam muda yang berpendapat dan mahu meremajakan UMNO tetapi membawa nilai-nilai yang tidak bertepatan dengan semangat pertubuhan UMNO dahulu maka UMNO tidak akan jadi relevan.

“Memang kita galakkan orang muda menyertai UMNO tetapi perlu ditanamkan di dalam diri mereka bahawa nilai perjuangan datuk nenek moyang itu serta idealisme perjuangan harus dikekalkan maka barulah kita dapat satu parti yang seimbang dan akan dapat mengantisipasikan apakah kehendak, keperluan dan harapan masyarakat di masa akan datang.

“Kepada para mahasiswa luar negara juga, mereka harus tanamkan dalam diri, apabila mereka menyertai kelab UMNO maka mereka tidak boleh menjadi ‘penumpang’. Walaupun tanggungjawab ini bukanlah satu kemestian tetapi ia harus ada dalam pemikiran.

“Bila mereka melangkah untuk menyertai KULN maka sudah pasti gaya pemikiran itu adalah bagaimana untuk mereka melakukan yang terbaik bagi menyumbang kepada parti,” ujarnya.

Jelas beliau lagi sekiranya mahasiswa menanamkan niat yang sebegini dan sentiasa berfikir mahu melakukan perubahan yang baik kepada parti maka jelasnya, tidak mustahil parti UMNO akan menjadi sebuah parti yang terbaik dan relevan sampai bila-bila.

“Satu perkara yang harus diingat oleh golongan muda adalah mereka ini bukan sahaja akan mewarisi parti keramat UMNO, tetapi memegang parti ini sebagai amanah kepada mereka untuk dilepaskan pula pada generasi seterusnya,” tambah Idris. – MediaUMNO
UMNO-ONLINE

Razif tempelak PAS berhubung isu Bukit Besi.

12 Disember 2014 : Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan, sya­rikat itu tidak mendapat se­ba­­rang kelulusan melombong di ne­geri ini dan menempelak pembangkang yang cuba memburukkan kepimpinan negeri apabila melemparkan tuduhan tidak berasas termasuk melalui risalah dan ceramah selain membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Merujuk kepada laporan tahunan 2013 CAA Resources, syarikat itu telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat swasta yang kononnya mempunyai hak perlombongan di Terengganu.

“Berasaskan penelitian dan siasatan, CAA Resources mahu pun anak syarikatnya tidak pernah wujud di Bukit Besi. Saya bimbang laporan yang dimaksudkan bukan di Terengganu, tetapi Kelantan. Jadi memungkinkan timbul kekeliruan seperti ini.

“Oleh itu, saya mohon pihak pembangkang buat juga siasatan di Kelantan berkaitan dengan dua MoU yang dibentang dalam laporan tahunan syarikat tersebut,” katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2015 Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Eksekutif CAA Resourses, Li Yang dalam satu temu bual bersama New York Times baru-baru ini memperincikan urusan perniagaan di Bukit Besi dengan mendakwa sokongan yang diperoleh melalui sogokan wang tunai kepada ahli-ahli politik untuk memudahkan operasi perlombongan.

Menurut Ahmad Razif, berdasarkan laporan tahunan itu, dua MoU telah ditandatangani di Kelantan membabitkan salah sebuah syarikat yang dipercayai anak syarikat CAA Resources di kawasan seluas 1,940 hektar di Kemahang 3 pada 1 Disember 2013 manakala yang kedua melibatkan kawasan seluas 485 hektar di Tanah Merah pada 19 Disember tahun sama.

Bagaimanapun, Ahmad Razif menegaskan, MoU itu bukan antara kerajaan negeri ini sebaliknya membabitkan urusan dalam kala­ngan syarikat swasta sendiri yang tidak kena mengena langsung de­ngan kerajaan negeri.

Katanya, dalam sidang akhbar baru-baru ini juga, kerajaan ne­geri turut mengesahkan syarikat berkenaan bukan subkontraktor atau ope­rator kepada mana-mana syarikat perlombongan di negeri ini terutama di Bukit Besi, bahkan dakwaan syarikat tersebut memiliki tanah lombong di Bukit Besi adalah bohong semata-mata.

“Boleh buat carian di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) atau mana-mana mana pejabat ta­nah mengenai pemilikan tanah syarikat-syarikat itu yang sememangnya tidak ada.
“Saya sendiri sudah membuat sidang akhbar dan menafikan, malangnya pihak pembangkang lebih percaya kepada fitnah orang luar sehingga sanggup menubuhkan jawatankuasa bertindak dan mengadakan ceramah di merata tempat kononnya untuk menyelamatkan Bukit Besi,” katanya.

Ahmad Razif memberitahu, kerajaan negeri mengenakan caj royalti lima peratus bukan sahaja kepada syarikat yang melombong bijih besi bahkan kepada semua mineral-mineral lain dan caj itu merupakan gross pendapatan melombong se­perti yang ditetapkan dalam Enakmen Mineral (Terengganu) 2002.

“Untuk pengetahuan ahli-ahli Dewan, pendapatan royalti bijih besi bagi keseluruhan Terengganu bagi dua tahun ini (2013-2014) adalah sebanyak RM3.5 juta tidak termasuk bayaran yang belum diterima sebanyak RM2.0 juta dengan jumlah jualan metrik tan bagi dua tahun berkenaan sebanyak 1.4 juta tan metrik,” katanya.

Utusan

Akta Hasutan 1948 Sempadan Hak Kebebasan Melampau

11 Disember 2014 : Akta Hasutan 1948 masih diperlukan sebagai sempadan bagi menghalang hak kebebasan bersuara tidak digunakan secara melampau, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

Beliau berkata kepelbagaian di Malaysia, memungkinkan berlaku ‘pertembungan’, jika terdapat satu pihak yang terlalu bebas menyatakan sesuatu, kononnya atas hak kebebasan bersuara.

Beliau berkata hakikat inilah yang orang luar seperti Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang mempersoalkan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan akta berkenaan.

“Mereka yang mengkritik (pengekalan akta berkenaan) juga kena faham bahawa akta ini masih ada kelonggarannya, seperti seseorang yang dituduh tidak boleh disabitkan jika tiada bukti dan mesti ada saksi sokongan untuk mensabitkan beliau,” katanya.

Mohd Noor berkata demikian pada sidang media selepas menutup Persidangan Meja Bulat ‘Memperkasakan Orang Melayu di Bandar’, di Menara Felda di sini pada Khamis.

Pada 27 Nov lalu, Najib dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 berkata, Akta Hasutan dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi memperkukuh akta itu.

Kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Keputusan Najib itu mendapat reaksi Duta Amerika di Malaysia Joseph Y.Yun yang mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika terkejut dengan keputusan Malaysia mengekalkan akta itu.

Sehari sebelum itu, Biden turut mengulas tentang akta berkenaan.

Mohd Noor berkata akta itu juga tidak seharusnya dilihat sebagai medium untuk menutup mulut rakyat daripada menegur kepincangan yang berlaku, namun teguran itu hendaklah dilakukan secara berhemah mengikut saluran yang betul.

“Sebagai contoh, Sultan mendengar nasihat daripada menteri besar dan jika ada berlaku kesilapan dalam nasihat itu, kesilapan itu boleh dipertikaikan, namun jangan mempersoalkan kuasa baginda. Itu salah.

“Begitu juga dalam pentadbiran keadilan. Jika hakim pincang dalam melaksanakan undang-undang, beliau masih boleh ditegur mengikut saluran undang-undang,” katanya.

BERNAMA

Kerajaan Kelantan diminta bertegas isu penerokaan tanah.

11 Disember 2014 : Kerajaan Negeri Kelantan diminta lebih bertegas dalam menangani isu penerokaan tanah yang tidak terkawal bagi tujuan pertanian di lebih 200 buah kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, hampir keseluruhan kawasan tanah pertanian yang telah diberi kelulusan oleh Kerajaan Negeri tidak mengikut peraturan alam sekitar yang sewajarnya dalam pembukaan tanah.

Beliau berkata, tidak mustahil kawasan Lojing selepas ini akan berlaku bencana tanah runtuh jika individu yang tidak bertanggungjawab terus dibiarkan merosakkan alam sekitar.

“Kerajaan Negeri harus mengambil tindakan yang lebih ketatlah supaya syarat-syarat pertanian itu mesti mengikut tatacara yang dibenarkan, kalau tidak hancur semua ini.

“Ini bukan perusahaan orang miskin tetapi ini perusahaan orang kaya. Sekarang kita sedang menghadapi kumpulan orang kaya yang tidak peduli sama ada alam sekitar hancur atau pun tidak,” katanya selepas melawat Tanah Tinggi Lojing Gua Musang pada petang Rabu.

Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata, ketika ini pihak kerajaan memberi tumpuan kepada pemantauan Pedatang Asing Tanpa Izin (PATI) Cameron Highlands yang didakwa melarikan diri ke Lojing dari dicekup pihak berkuasa.

“Kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mengambil tindakan tegas ke atas pekebun sayur yang tidak mengikut syarat pertanian yang dibenarkan,” jelasnya.

Sebanyak tujuh buah syarikat swasta, dua buah anak syarikat kerajaan negeri dan dua buah agensi kerajaan telah memonopoli aktiviti pertanian di kebun sayur Lojing.

Sumber Awani

PAS parti cakap tak serupa bikin kata DAP

11 Disember 2014 : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menuduh golongan ulama sebagai punca krisis dalam gerakan Islam hanyalah satu perangkap musuh.

Beliau berkata, isu dan krisis sebenar ialah kekentalan ahli gerakan Islam itu sendiri untuk terus istiqamah memperjuangkan Islam di atas petunjuk agama.

“Politik Islam perlukan disiplin agama sebagaimana ia perlukan keterbukaan agama juga.

“Ia perlukan kefahaman al-Quran dan al-Sunnah yang tinggi. Justeru mengapa para ulama pula yang dianggap jahil perjuangan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu melalui akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan, kepemimpinan golongan ulama dalam Pas me­rupakan institusi kolektif yang memiliki ilmu untuk memimpin parti dan masyarakat.

Beliau berkata, atas sebab itu, menjadi satu kewajipan bagi semua pihak untuk menegakkan kepemim­pinan golongan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan terdapat parti ‘cakap tak serupa bikin’ dalam pakatan pem­bangkang yang bukan sahaja tidak menunaikan janji, malah tidak menunjukkan ko­mitmen ke­pada pakatan ber­kenaan.

Walau bagaimanapun, Guan Eng ti­dak menyebut na­ma parti tersebut, namun dipercayai sindiran itu merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Ketika krisis itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama Pas menolak pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber Utusan.

Empat Nama Calon Ketua Pembangkang Selangor Yang Baharu?

9 Disember 2014 : Mengenali secara sepintas lalu Ahli Dewan Undangan Sungai Burong, Dato Shamsudin Lias, perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor semalam bukanlah satu kejutan besar.

Bekas Pegawai Daerah yang bertanggungjawab membantu Barisan Nasional merampas DUN Sungai Burong dari tangan Pas pada 2004, Shamsuddin terkenal dengan kelembutan dan kemesraan tetapi tegas sikapnya.

Justeru apabila beliau mengumumkan menolak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor kerana merasakan ditipu oleh Kerajaan Negeri persoalan perletakan jawatan sudah boleh dijangka. Apabila Speaker Dun Selangor, Hanna Yeoh mencabar beliau melepaskan jawatan tersebut, maka beliau tiada masalah melepaskannya.

Bagi Shamsudin, tindakan kerajaan negeri mengubah peruntukan dengan mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC, namun mengekalkan majoriti besar ADUN Kerajaan Negeri dalam jawatankuasa tersebut adalah tidak masuk akal dan cuba menjadikan beliau sebagai boneka mengesahkan apa sahaja perbelanjaan kerajaan negeri.

PAC Negeri bakal mengandungi 2 ADUN BN dan 5 ADUN Pakatan tidak akan memberi apa-apa erti dengan perlantikan beliau sebagai Pnegerusi.

Namun persoalan lebih menarik ialah siapakah bakal Ketua Pembangkang yang baharu akan dicadangkan oleh Barisan Nasional menggantikan Shamsudin Lias?

Empat nama yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Pembangkang yang baharu ialah ADUN Jeram, Amiruddin Sutero, ADUN Kuang (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor), Shukor Idrus, ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zuhdi dan ADUN Hulu Bernam, Rosni Sohar.

Apakah BN Selangor bakal membuat kejutan memilih wanita sebagai Ketua Pembangkang yang baharu sebagai satu langkah menawan semula Selangor atau memberi peluang kepada muka baharu, Budiman Mohd Zuhdi.

Rosni terkenal sebagai seorang penggerak jentera yang cekap dalam Wanita UMNO Malaysia, manakala Budiman pula semakin dikenali dengan kekuatan pidato dan kemampuan intelektual.

budiman 

Budiman merupakan wakil rakyat yang menempelak calon Menteri Besar Selangor, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang DUN yang lalu kerana berucap tidak mengikut peraturan Dewan.

Bagaimanapun, Budiman dan Rosni merupakan wakil rakyat penggal pertama yang belum biasa dengan sepak terajang politik Pakatan yang telah berpengalaman.

Jika ini diambil kira Shukor Idrus atau Amirudin harus dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu dengan Budiman atau Rosni dilantik sebagai Timbalan secara tidak rasmi bagi memberi pengalaman dan pengetahuan yang lebih.

Namun BN akan membuat kejutan lebih besar jika mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang tersebut selagi peruntukan mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC secara otomatik tidak dimansuhkan atau ditukar korum PAC kepada 5 BN dan 2 PR.

Disediakan oleh : EDITOR

Seorang lagi pengebom berani mati IS Dari Malaysia dikenal pasti – PM

PUTRAJAYA 8 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan terdapat seorang lagi pengebom berani mati militan Negara Islam (IS) yang dipercayai rakyat Malaysia telah dikenal pasti.

Menurut beliau, pengebom berani mati yang menyebabkan 50 orang terbunuh itu telah menggunakan nama samaran, tetapi dia dipercayai sebagai orang Malaysia.

Najib berkata, individu tersebut dipercayai merupakan pengebom berani mati kedua dari Malaysia yang telah dikenal pasti.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

ahmad-affendi-IS 
8 Disember 2014 : Sementara petang tadi Polis mendedahkan identiti pengembom berani mati yang disebut oleh Perdana Menteri pagi tadi sebagai Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27.

Beliau dipercayai memandu trak yang penuh dengan bom ke dalam Infra Ketenteraan di Hons, Syria dan membunuh 50 orang askar Syria yang setia kepada Presiden Bashar Al-Assad.

Ahamd Afendi dipercayai pergi ke Syria sejak 23 April lalu untuk menyertai IS.

Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman, Senior Asst Comm Datuk Ayub Khan mengesahkan kematian Ahmad Affendi.

“Menurut maklumat inteligen yang kami perolehi, beliau disahkan meninggal ketika serangan tersebut pada 8 atau 9 November lalu.

Disediakan oleh : EDITOR

Kumpulan Pembunuh Myanmar Ditumpaskan di Pulau Pinang

5 Disember 2014, BUKIT MERTAJAM  : Polis negeri yang melancarkan Ops Kelar berjaya menahan 17 lelaki warga Myanmar yang dipercayai terlibat dengan 18 kes pembunuhan kejam di negeri ini sejak awal tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sejak beberapa hari lalu pihaknya menahan seramai 15 orang termasuk dua orang malam tadi.

Pasukan Ops Kelar juga katanya, telah menyerbu sebuah lot rumah sewa di Choruk Tokkun dekat sini malam tadi yang dipercayai menjadi lokasi tempat tiga mangsa dibunuh dan dipotong kepala sebelum anggota badan mereka dibuang di beberapa lokasi di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Tambah beliau, polis turut menemukan tiga parang panjang di rumah berkenaan yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan sebelum ini.

Bebarapa hari lalu Polis menemui “tempat penyembelihan” di Pulau Pinang dipercayai sebagai tempat pembunuhan warga Myanmar melibatkan siri kejadian kes yang berlaku sejak awal tahun ini.

Katanya, dua suspek itu menyewa dua buah rumah di kampung tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Abdul Rahim berkata, beliau turut mengunjungi satu kawasan di Cherok Tok Kun dan menemui sebuah rumah, dipercayai sebagai tempat pembunuhan ngeri itu.

“Penyembelihan dilakukan di sini dan bahagian badan yang dipotong dibuang di tempat lain. Contohnya, satu kepala manusia ditemui di hadapan sebuah balai polis dan satu lagi ditemui di Permai (di Bukit Mertajam),” katanya.

Abdul Rahim berkata polis berjaya menyelesaikan lapan daripada kes tersebut setakat ini, dan menambah lebih banyak penahanan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkana sama ada tahanan berkenaan terdiri daripada pendatang asing tanpa izin.

Katanya, dokumen yang digunakan itu mungkin merupakan dokumen palsu.

“Setakat ini kita hanya menemui satu kumpulan yang telribat dengan pembunuhan ini. Ini merupakan masalah yang dibawa daripada negara asal mereka.

“Mereka mengenali satu sama lain di Myanmar, sebelum kedatangan mereka ke negara ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau turut menggesa agar warga Myanmar di negara ini tidak mengambil tindakan sendiri.

Disediakan oleh : EDITOR

Kartel kad pengenalan palsu di Sabah sudah dibersihkan – Zahid Hamidi

PUTRAJAYA 5 Dis. – Kartel atau sindiket yang terlibat dalam penghasilan kad pengenalan tidak sah secara besar-besaran sudah dibersihkan dari Sabah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, tindakan proaktif sudah dilakukan pihaknya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam memastikan tidak lagi wujud operasi kartel haram di negeri tersebut.

“Jika masih ada individu yang terbabit maka kami mahu supaya orang ramai memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri atau JPN untuk tindakan perundangan seterusnya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

RCI, Apa lagi Jeffrey Mahu – Shafie Apdal

4 Disember 2014 : Apa lagi yang pemimpin politik Sabah Datuk Jeffrey Kitingan mahukan selepas laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah dikeluarkan?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (bawah) hari ini.

“Apa lagi yang kamu mahu? Kamu mahu RCI, RCI telah dibentuk.

“Kamu mahu badan bebas dalam jawatankuasa, ada badan bebas. Kamu maju kami beri laporan, laporan sudah ada,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jeffrey semalam berkata laporan yang dikeluarkan bertujuan menyelamatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan “Projek IC” pemberian kad pengenalan sebagai tukaran undi sebelum ini.

Disediakan oleh : EDITOR

CAA Resources: Yang Kenyang Kelantan, Yang Kena Kutuk Terengganu?

12 Disember 2014 : MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Razif Abdul Rahman hari ini mengesahkan bahawa syarikat CAA Resources – dimana pemiliknya mendakwa membayar rasuah beratus juta ringgit untuk mendapat hak melombong di Bukit Besi, tidak pun wujud di negeri tersebut, apatah lagi punyai hak untuk melombong di Bukit Besi.

Sebaliknya kata Razif, ada kemungkinan kawasan yang dimaksudkan terletak di Kelantan dimana CAA Resources ada kepentingan perniagaan melalui kerjasama dengan satu syarikat lain di negeri tersebut. Kenyataan ini ada rasionalnya sebab sebagai orang luar, dia mungkin maksudkan bukit yang banyak besi, diringkaskan jadi bukit besi.

Benda macam ini pernah berlaku pun sebelum ini, apa nak dihairankan.

Apa sekalipun, pengesahan ini menutup mulut PAS yang begitu teruja dengan dakwaan hearsay pemilik CAA Resources, Lee Yang kepada sebuah akhbar di New York mengenai perkara tersebut.

Silap-silap selepas ini, kerajaan Terengganu takdak kena mengena, kerajaan Kelantan yang mereka perintah pulak menghadapi tekanan untuk menjawab kaitan kerajaan negeri dengan CAA Resources ini sebab ikut Ahmad Razif, laporan tahunan syarikat itu untuk tahun 2013 ada menyebut tentang kepentingan mereka di Kelantan, bukan di Terengganu.

Jadi, kita mintak penjelasan kerajaan Kelantan sekarang, benar atau tidak mereka ada hubungan perniagaan dengan CAA Resources dan kalau ada, bagaimana hubungan perniagaan itu berlaku – ikut jalan lurus atau ikut jalan bengkang bengkok?

Perkara ini penting untuk dijawab sebab selepas dakwaan hearsay Lee Yang itu tersebar, macam-macam fitnah dilemparkan kepada UMNO dan kerajaan Terengganu, apa sekali rupanya mereka yang ada kepentingan (ikut pada kenyataan Razif).

Nasib baik PAS ada otak sikit bila SECARA RASMI mereka tidaklah menuduh tapi guna perkataan ‘mendakwa’ dan dituruti dengan ‘sila siasat’. Tapi lain ceritanya dengan balaci dibawah, hilang semua cerita tuntutan agama supaya disertakan bukti dan saksi, terus tuduh UMNO dan kerajaan negeri Terengganu sebagai korup.

Kalau tidak, tinggal seluar dalam sajalah Hadi Awang kena saman.

Disediakan oleh : EDITOR

PR Kelam Kabut Nak Jawab Kenapa Minyak Turun, Harga Barang Tak Turun

10 Disember 2014 : PAKATAN pembangkang selama hari ini dakwa segala-gala yang naik di negara ini adalah kerana harga minyak. Bawang naik sebab minyak, ikan naik sebab minyak, kangkung kutip tepi jalan naik pun, sebab minyak.

Bahkan bukan lagi rahsia ramai peniaga ambil kesempatan naikkan harga (walaupun tidak ada keperluan berbuat begitu), kerana minyak naik.

Tapi kini bila harga minyak di Malaysia dah turun (dijangka akan turun lebih rendah lagi), harga barang yang dihebohkan pembangkang sebagai mahal segalanya dulu kerana minyak naik masih ditakuk itu juga, dah pembangkang kelam kabut.

Dihantarnyalah penganalisa ekonomi entah dari mana untuk menjelaskan kenapa harga barang masih mahal walaupun harga minyak sudah turun (dan akan turun lagi).

Tapi nampaknya semua penjelasan itu ibarat meludah ke langit terkena ke muka sendiri sebab terbukti dakyah yang mengatakan harga barang pasti turun kalau minyak turun, terbukti palsu.

Sebetulnya, ada banyak faktor kenapa harga barang naik dan bukan semata-mata disebabkan turun naik harga minyak – pun dengan mengatakan begitu bukanlah bermaksud harga minyak tidak main peranan langsung, cuma tidaklah sebesar mana sehingga boleh pengaruh semua benda seperti mana dakyah pembangkang.

Rakyat perlu ingat perkara ini sebab ia membuktikan pembangkang selama hari ni bohong saja dengan berkata kalau minyak murah, yang lain pun ikut murah.

Sebelum ini pun kerajaan dah turun minyak beberapa kali tapi harga barang serta perkhidmatan tetap macam itu.

Kalau rakyat lupa, nanti dekat – dekat PRU14, propaganda sama akan dimainkan semula dan adalah jugak yang tak cukup bijak percaya saja semua pembohongan tersebut.

Disediakan oleh : EDITOR

Demi Survival #MAS, Tidak Rugi Belajar Dari Yang Lebih Tahu

Christoph R Mueller MAS


















9 Disember 2014 : Baru-baru ini Khazanah Nasional Bhd mengumumkan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif MAS (NewCo), Christoph R Mueller, yang kini merupakan CEO Aer Lingus Plc, sebuah syarikat penerbangan nasional Ireland.

Sebetulnya, pencalonan Mueller sebagai peneraju utama MAS bukanlah suatu yang mengejutkan di mana media sebelum ini seolah dapat menghidu ura-ura memancing tokoh industri penerbangan yang terbukti pernah menyelamatkan beberapa syarikat penerbangan sebelum ini.

Lumrah seolah budaya orang Malaysia, bila suatu pengumuman yang melibatkan kepentingan negara, ada saja yang tidak kena dan perlantikan Mueller tidak terkecuali dari menjadi mangsa kritikan beberapa pihak.

Antara yang menolak pelantikan Mueller untuk menerajui MAS ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Reezal Merican, bekas CEO MAS yang pertama, Tan Sri Aziz Rahman, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan beberapa pihak lain lagi.

Antara hujah mereka, Mueller dikatakan tidak wajar dilantik mengemudi MAS memandangkan beliau merupakan seorang warga asing, bukan Melayu, bukan anak tempatan dan kononnya tidak memahami masalah yang berlaku di negara ini. Itu hujah utama mereka.

Reezal mahu agenda bumiputera terpelihara dalam MAS. Tan Sri Aziz pula merupakan peneraju Jentayu Danaraksa yang sebelum ini seolah cuba “memaksa” Khazanah bekerjasama dengan syarikatnya yang baru berusia 3 bulan, mungkin ada agenda yang “tersirat” di sebalik komen tersuratnya, bukan?

Begitu juga dengan Guan Eng dan DAP yang mahu anak tempatan seperti pengasas Air Asia, Tony Fernandes atau dua lagi orang kuat Air Asia, Kamaruddin Meranon atau Azran Osman Rani, untuk mengemudi MAS, sedangkan individu-individu inilah yang “dihalau” keluar oleh MASEU dalam insiden “swap share” dahulu.

Saya tidak pasti sebenarnya apa tujuan sebenar kenyataan mereka-mereka yang mahukan anak tempatan mengemudi MAS. Sama ada mereka mahu menyelamat MAS atau memperjuangkan nasib “anak tempatan” pada ketika MAS sedang tenat, itu saya tidak pasti.

Namun apa yang saya pasti, tindakan Khazanah melantik Mueller itu membuktikan betapa serius usaha memulihkan MAS yang “nazak”, hampir “mati” yang selama ini di bawah kepimpinan anak tempatan.

Dari zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan hinggalah yang terkini, Datuk Seri Najib Tun Razak, usaha untuk memulihkan syarikat berkenaan diteruskan dengan melibatkan anak tempatan sebagai peneraju. Namun masih gagal dipulihkan sepenuhnya.

Justeru, saya berpandangan bahawa suntikan RM6 bilion itu adalah bertujuan untuk memulihkan MAS, dan bukan bertujuan untuk bermain emosi dengan sentimen “anak tempatan” atau tidak.

Anak tempatan telah pun menerajui MAS tetapi syarikat penerbangan negara itu masih terus masih belum bangun. Kenapa perlu menolak pengalaman dan kepakaran yang dimiliki Mueller?

MAS lebih utama “diselamatkan” oleh tangan yang lebih berkaliber, terbukti berpengalaman dalam menguruskan survival syarikat penerbangan serta bebas dari kongkongan ideologi politik mahupun sentimen “anak tempatan”.

Pemilihan Mueller sebagai CEO MAS (NewCo) sewajarnya tidak perlu dipertikai. Berlatar belakangkan prestasi yang terbukti relevan dan hebat, sewajarnya warga Jerman itu wajar diberi sokongan untuk memulihkan MAS.

Bila berdepan dengan situasi terdesak mahu menyelamatkan “nyawa”, kita tidak perlu memainkan sentimen anak tempatan.

Secara sakarstik atau tidak, mungkin benar kata Tun M yang mengatakan orang Malaysia bodoh kerana gagal memulihkan MAS biarpun telah diberi peluang berkali-kali.

Justeru itu, biarlah mereka yang terbukti mampu memulihkan MAS mengemudi syarikat itu. Kita anak tempatan belajar dari kesilapan dan mungkin dengan berkongsi pengalaman dengan Mueller akan membantu anak tempatan meneruskan survival MAS kemudian hari nanti.

Tidak rugi berkongsi ilmu dan pengalaman dari mereka yang lebih tahu, bukan?

Semoga MAS kembali gagah di angkasa membawa maruah negara…

Disediakan oleh : EDITOR

Ali…Itu “Kad Pohon Suaka”, Bukan “Kad Suaka”, Faham?

ali 
9 Disember 2014 : Kecoh di dada media mengenai Ali Abdul Jalil, seorang anak muda yang melarikan diri dari pihak berkuasa setelah berdepan perbicaraan di mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana menghina Raja-Raja Melayu, khususnya Sultan Johor.

Mereka kecoh kerana Ali mendakwa dia sudah mendapat “kad suaka politik” dari negara Sweden, negara yang menjadi lokasi anak muda itu melarikan diri. Rata-rata penyokong Ali gembira dan mengucapkan tahniah pada “ikon” anak muda pro-Pakatan Haram itu.

Tidak tahulah sama ada berpengetahuan luas atau tidak, namun status “kad suaka politik” yang diberikan pihak berkuasa Sweden kepada Ali itu agak meragukan pada pandangan saya.

Menurut sumber, tidak semudah itu untuk seseorang mendapat suaka politik dari sesebuah negara, termasuk Sweden.

Difahamkan bahawa prosedur membuat permohonan “suaka politik” di negara itu agak ketat dan memerlukan masa bagi pihak berkuasa di Sweden meneliti identiti pemohon yang cuba mendapatkan suaka politik di negara tersebut.

Sumber menjelaskan bahawa para pemohon kad suaka politik dari Kerajaan Sweden akan diberikan sekeping resit permohonan dan dalam tempoh beberapa hari kemudian, pemohon tersebut akan menerima sekeping kad yang dberi nama “LMA-Kort” atau “kad pemohon suaka”.

Pemegang kad berkenaan dibenarkan tinggal di Sweden sehingga pemohon menerima jawapan dari pihak berkuasa berhubung status permohonannya. Dengan kad berkenaan, pemohon tersebut diberikan diskaun sekiranya mahu mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di sana.

Perlu diingat bahawa kad pemohon suaka itu bukanlah “kad suaka politik” yang disahkan. Ia masih lagi berstatus “permohonan secara rasmi” meskipun rupa kad berkenaan mengandungi butiran identiti pemohon.

Merujuk pada kad yang dipamerkan dengan bangga oleh Ali itu, sumber menjelaskan bahawa kad itu hanyalah “LMA-Kort” atau “kad pemohon suaka”. Jelas sekali “ikon” pro-Pakatan Haram itu belum memiliki suaka dari Sweden!

Jadi, tidak perlulah gebang besar lagi. Tidak perlulah sebut “undang-undang PBB” atau “Perjanjian Dublin”. Kalau status kad pun gagal difahami, tidak perlulah cakap besar dan berlaku angkuh. Allah SWT bukannya suka pada hambaNya yang angkuh pun…

Saya tidak tahu siapa yang beritahu Ali kononnya dia sudah mendapat suaka politik dari Sweden dengan hanya memiliki LMA-Kort.

Mungkin juga beberapa aktivis pelampau Pakatan Haram yang lebih “senior” dan berpengalaman luas pernah melarikan diri ke luar negara yang memberitahu “junior” mereka itu. Isham Rais? Raja Petra?

Justeru itu, sekiranya maklumat sumber berkenaan mengenai prosedur dan kad suaka negara Sweden itu benar, maka jelaslah Ali masih lagi belum “selamat” sepenuhnya dari diheret kembali ke Malaysia untuk dihadap ke muka pengadilan.

Saya percaya, ramai yang “menunggu” Ali kembali ke tanahair dan rakyat Malaysia yang baik pastinya tidak sabar melihat budak muda ini mensia-siakan umur di penjara. Mungkin dia boleh menemani Anwar di penjara kelak? Wallahu’alam.

Disediakan oleh : EDITOR

Taraf Pemikiran Sampah dan Sikap Mahasiswa UM Berbanding Thailand

26 Oktober 2014 : Pagi ini ada gambaran menarik yang menumpukan fokus saya terhadap laporan berita mengenai kegiatan mahasiswa. Satu kisah di Thailand, satu lagi di Malaysia. Kedua-keduanya bersifat perjuangan atas perkara yang berbeza.

Di Thailand ratusan pelajar Muslim berkumpul di masjid utama di Pattani semalam bagi memperingati ulangtahun ke-10 peritiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai.

TAK_BAI_ANNIVERSARY_THAILANG_AFP_251014-653x463
Pada 25 Oktober 2004, kira-kira 2000 orang mengadakan berkumpul di hadapan balai Polis Tak Bai membantah penahanan enam orang lelaki yang dikatakan pemimpin gerakan pemisah.

Dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan, 85 orang terbunuh, sebahagian besarnya ketika sudah berada dalam tahanan tentera.
The detainees were then stacked atop one another in trucks and transported to Inkayut Military Camp in Pattani Province. The drive took five hours, and by the time the trucks arrived at the destination, 78 detainees had died from suffocation or organ collapse.
Konflik tersebut mengorbankan 6,000 nyawa dalam sedekad di kawasan majoriti Muslim selatan, di mana pihak pemisah sedang berjuang untuk autonomi daripada kerajaan Thai.

um_student_leader_fahmi_zainol_5Di Universiti Malaya, Malaysia Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol sedang berhadapan dengan kemungkinan tersingkir dari universiti apabila beliau mahu meneruskan program haram bagi menyelamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat.

Themalaysianinsider.com memetik Fahmi sebagai berkata “Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.

“Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik.”

Ketika saya menghormati dan mengkagumi mahasiswa Islam di Selatan mengadakan himpunan aman mengingati peristiwa kematian lebih 85 orang tersebut, perkara yang sama sukar saya terjemahkan dalam memahami pemikiran pemimpin mahasiswa “alma mater” saya ini.

Saya fikir ada sesuatu yang janggal dan luar biasa dengan Universiti Malaya jika selepas puluhan tahun menjadi universiti terkemuka negara, para pimpinan mahasiswanya masih gagal memahami perbezaan antara kebebasan bersuara dengan usaha mencampuri urusan keadilan dan Mahakamah.

Apa yang mahu dianjurkan bukan satu majlis diskusi akademik yang terbuka, telus dan bebas seiring dengan wacana keilmuan menara gading. Sebaliknya, Mahasiswa cuba mengadakan majlis untuk mendahului keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini.

Apa yang mahu dianjukan bukan program bersifat mencari ilmu, tapi penganjur telah menyatakan Mahkamah negara ini tidak adil dan memanggi orang yang dituduh mempertahankan dirinya secara sebelah pihak tanpa mengambil kira bukti, saksi dan fakta kes. Apakah ini bentuk kebebasan akademik yang dilaung-laungkan?

Bayangkan adakah majikan yang mahu mengambil graduan Universiti Malaya bekerja pada masa hadapan jika pemikiran Fahmi ini menjadi tanda aras kebolehan berfikir mereka?
Saya percaya ramai yang bijak pandai dan matang di dalam Universiti Malaya ini. 

Malangnya mereka telah melantik “sampah” sebagai pemimpin, maka stigma tersebut mungkin memberi kesan kepada mereka suatu hari nanti.

Buat masa ini itulah perbezaan pemikiran besar mahasiswa kecil di Pattani dengan pemikiran sampah mahasiswa dari universiti terkemuka Malaysia.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

MAIS Macam Anjing Bercawat Ekor Sahaja Sekarang Ini

20 Oktober 2014 : Apabila penganjur program I Want To Touch A Dog mendakwa ia mendapat restu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mendakan program mesra anjing semalam, ia sekadar membuktikan bahawa para pentadbir Majlis tersebut yang kebanyakannya merupakan penyokong kuat Pas sudah berada di bawah telunjuk DAP.

Tidak ada sebab yang munasabah yang langsung untuk MAIS memberi restu kepada program pegang dan peluk anjing ini. Oleh kerana sehingga hari ini MAIS tidak menafikan kenyataan penganjur tersebut maka kemungkinan besar benarlah restu itu.

Kita boleh berbahas berjam-jam lamanya mengenai hukum menyentuh anjing ini, namun ianya tidak menyelesaikan isu sokongan Mais kepada kempen pegang anjing ini.

peganganjingYang menyokong kempen ini sebagai sesuatu yang mulia kerana untuk memulihkan stigma benci anjing di kalangan orang Islam sebenarnya menghina majoriti umat Islam di negara ini. Majoriti kami tidak pernah benci anjing mahu pun mendera anjing. Kami hanya tidak membela anjing sebagai binatang peliharaan kerana dilarang oleh agama kami. Kami tidak menyentuh anjing tanpa sebab kerana ia merupakan ajaran agama kami.

Kami juga menjauhi anjing kerana agama kami telah meletakkan syarat supaya melakukan acara pembersihan tertentu (sertu) jika bersentuh dengan anjing dalam keadaan basah atau dijilat anjing tersebut. Dalam keadaan kami perlu solat 5 kali sehari, wajarlah kami tidak mendekati anjing sesuka hati.

Ini samalah seperti kami tidak mendekati Harimau kerana takut dibaham atau menjauhi diri dari ular kerana takut dipatuk. Kami juga tidak memeluk ayam, itik, kambing, lembu dan kerbau. Ini bukan bermakna kami membenci atau mahu mendera binatang-binatang tersebut.

Kempen ini memberi imej yang sangat buruk kepada muslim di negara ini. Ia seolah-olah orang Islam di negara ini sering menganiaya dan mendera anjing sehinggakan perlu satu kempen sentuh, pegang dan peluk anjing bagi mengubah tabiat buruk orang Islam.

Hakikatnya, anjing lebih banyak didera dan dianiaya oleh orang bukan Islam terutamanya kaum Cina kerana mereka sahaja yang banyak memelihara anjing. Kita hampir tidak pernah mendengar langsung orang Islam membunuh atau mendera anjing sama ada secara fizikal atau mental.

Justeru apakah tujuan kempen ini?

Alasan kempen ini kononnya untuk mendidik orang Islam megenai cara menyayangi anjing sebagai binatang ciptaan Allah adalah alasan dangkal yang diterima bulat-bulat oleh pentadbir MAIS.

Kempen ini bukan mahu memberitahu orang Islam mengenai anjing, tetapi lebih kepada mahu meruntuhkan sempadan moral orang Islam di negara ini.

Satu demi satu sempadan moral dan akal orang Islam di negara ini diruntuhkan seperti mana mereka mahu menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam bible bahasa Melayu, dan menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin nombor satu (lihat penyertaan Melayu bertudung dalam DAP) dan kebebasan menukar agama Islam kepada agama lain sesuka hati adalah hak asasi.

Apabila menonton sandiwara “I want to touch a dog” semalam, ia menunjukkan betapa mudahnya Melayu Islam di negara ini, termasuk ustaz-ustaz di Mais, dimanpulasi dan ditipu oleh orang lain semata-mata kerana mahu menunjukkan Islam itu agama yang “cool”.

Berselindung di sebalik slogan “Islam itu mudah”, “Islam itu sayang semua binatang”, “semua binatang itu ciptaan Allah”, kumpulan ini berjaya meruntuhkan satu lagi sempadan moral orang Islam di negara ini.

Kejayaan mereka menjadikan sebahagian orang bertudung seumpama zombie dan memeluk anjing secara terbuka untuk diambil gambar oleh kaum Cina wajar diberi tabik hormat. Di Selangor hari ini lebih mudah memegang dan memeluk anjing dari berpoligami. Itulah makna Islam di Malaysia hari ini.

Jika benar MAIS merestui program ini, maka MAIS hari ini pilihlah sama ada mahu menjadi “anjing tiada bercawat ekor” (sesuatu yang hina dan tiada berguna) atau membuang diri menjadi seperti “anjing bercawat ekor” (Pergi atau menghindar kerana malu dan terhina).

anjingsakit

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Thursday, December 04, 2014

Mentafsir dan Memahami Pemikiran Melayu DAP

4 Disember 2014 : Kritikan terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang luar biasa atau asing. Mana-mana Perdana Menteri Malaysia berhadapan dalam situasi yang sama kerana manusia lebih percaya kepada kritikan yang buruk daripada pujian yang baik. 

Setiap kritikan sudah tentu berhak dianalisis dan dicabar kerana tidak semestinya apa yang ditulis oleh pengkritik dianggap sebagai sesuatu yang muktabar biarpun pengkritik mungkin mempunyai pendidikan bidang kritikan dan berpengalaman sebagai seorang wakil rakyat.

Dalam konteks inilah saya melihat tulisan Ahli Parlimen Raub (DAP) mengenai kepimpinan Mohd Najib dan Ekonomi Malaysia sebagai satu catatan karut marut berasaskan kepentingan partinya dan dendam tidak terpilih sebagai wakil rakyat BN bagi penggal kedua.

Dalam bahagian pertama tulisannya, Leadership and the Malaysian eCONomy-part 1, Mohd Ariff Sabri hanya melontarkan frasa-frasa retorik bagi memberi imej buruk kepada Mohd Najib tanpa sebarang pembentangan fakta.
I hope not everyone-and I further hope, not the majority of us are mesmerised by Najb’s PR gimmicks. His presentation of the yearly budget is fast becoming a yearly singsong. He is repeating some same stuff over and over again.

The more important issues like income distribution, the worsening level of education, the deterioration of domestic and external security, the scourge of corruption were hardly mentioned. He took time to sound silly by prodding the opposition. His budget speech is one boring rendition of some economists extended essay.
Dalam dua para pertama tulisan beliau bukan sahaja tidak menjustifikasikan kesimpulan yang dibuat, malah menunjukkan beliau langsung tidak mendengar ucapan, atau membaca teks, pembentangan Bajet 2015.

Dalam Bajet 2015, Mohd Najib jelas menggaris isu-isu melibatkan pendapatan rakyat, peningkatan kualiti pendidikan dan hal ehwal ketelusan.

Sekadar contoh, Bajet 2015 jelas memberi tumpuan kepada keselesaan rakyat apabila mengumumkan golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai dan manakala kumpulan berpendapatan rendah akan menerima subsidi secara langsung.

Dalam bidang pendidikan, memperuntukkan RM56 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk pembinaan 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh. Dari peruntukan tersebut, RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik.

Apakah ini bukan usaha meningkatkan prestasi pendidikan negara? Lebih jauh kita boleh mempertikaikan apakah ukuran dan tanda aras yang digunakan oleh Mohd Ariff apabila mnegatakan sistem pendidikan kita berada dalam kedaaan nazak?

Saya tidak berniat mengulas setiap satu para tulisan Mohd Ariff kerana jelas beliau tidak menulis berasaskan fakta tetapi kerana niat jahat mahu memburukkan kerajaan sedia ada sahaja.

Rakyat boleh menilai sendiri pandangan ahli Parlimen DAP ini dengan kandungan Bajet 2015.

Mohd Ariff juga membuat kenyataan tidak benar apabila menulis

He is now compared to president Jokowi of Indonesia and is seen as inadequate. That’s humbling to us Malaysians. Jokowi was a furniture trader. Najib is a scion of an aristocratic family, the product of British education, yet pales in comparison with wak Jokowi?


There you are- all this time one compares him with the milieu composed of pedestrian village folks, or people coming from less privileged family background who are crude in mannerisms, less cosmopolitan- he on the other hand coming from a pedigreed background; that alone made him appear ‘special’. But once he is compared among equals, not linked to the same cultural background, the real Najib stands out. Ineffectual, intellectually less rigorous, muddled thinker.
Saya belum berjumpa mana-mana iklan mahu pun kenyataan propaganda cuba menyamakan Mohd Najib dan Jokowi. Oleh kerana Mohd Sabri sendiri tidak mempunyai sebarang bukti kecuali menulis secara merepek mengenai isu ini maka sukar untuk kita menerima idea beliau ini.

Mohd Najib tidak memerlukan imej Jokowi kerana Perdana Menteri Malaysia mempunyai imej tersendiri. Sebelum Jokowi muncul lagi Mohd Najib sudah menjadi pemimpin politik penting negara ini. Yang saya lihat terhegeh-hegeh berbaju batik ala Jokowi sekarang ini berada naik turun Mahkamah Persekutuan.

Dalam bahagian pertama tulisannya juga Mohd Ariff yang kononnya lulusan ekonomi Universiti Malaya langsung tidak memberi sebarang indikator keruntuhan ekonomi negara seperti yang mahu beliau yakinkan kita.
Mohd Ariff juga mendakwa,

After 5 years, the country has not transformed into what the various acronyms promised. The country is divided along racial, religious, and social lines; the security of this country breached so many times. We have millions of foreign paid security workers guarding our housing estates and commercial premises; the economy has grown at non extraordinary rates, public debt has risen, household debt has grown to astronomical levels, religious bigotry and pettiness are on the rise. What has Najib done?
Sekali lagi kita tertanya-tanya, apakah indikator atau ukuran kegagalan Mohd Najib. Memang benar dakwa Mohd Ariff negara ini terpecah oleh arus perkauman, agama dan garis sosial. Soalnya mengapa ia jadi sedemikian? Adakah kerana salah Mohd Najib atau salah Melayu seperti beliau yang “menjual agama dan bangsa” dengan menyertai DAP?

Mohd Ariff hilang arah apabila mendakwa kewujudan jutaan pekerja asing bagi sektor pekerja keselamatan di kawasan perumahan dan komersial tanda kelemahan ekonomi Mohd Najib. Ini merupakan tafsiran songsang dan tidak realistik.

Ini kerana saya juga berhak mentafsirkan bahawa kewujudan ramai pekerja asing dalam sektor bawahan seperti ini bermakna rakyat Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik di sektor lain dengan imbuhan yang lebih tinggi. Ini disokong oleh fakta pengangguran Malaysia sekarang ialah pada kadar 2.7% sahaja.

Sudah tentu sebagai bekas graduan ekonomi Mohd Sabri mengetahui bahawa pada kadar pengangguran seperti ini merupakan satu “syurga pekerjaan” kepada rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai “full employment” atau “zero unemployment” dalam konsep ekonomi.
kadarpengangguran
Negara yang mempunyai kadar pengangguran sekitar 3-4% telah dianggap sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang baik atau sihat. Bayangkan Malaysia melebihi kadar ekonomi sihat ini. Dalam kadar pengangguran sekitar 2.7% ini bermakna sesiapa sahaja yang mahu bekerja boleh bekerja. Pengangguran di Malaysia adalah pilihan bukan kerana terpaksa.

Justeru saya berasa teramat hairan bagaimana orang yang kononnya lulusan ekonomi boleh menyatakan ekonomi kerajaan pimpinan Mohd Najib berada dalam keadaan nazak dan teruk?

Begitu panjang beliau menulis, hakikatnya semua perkara yang dilontarkan tidak lebih daripada “smear campaign” dan “character assination” ke atas Mohd Najib tanpa sebarang penjelasan yang logik mahupun bersandarkan fakta yang boleh diterima.


Mohd Ariff juga mengemukakan idea yang bertentangan satu sama lain apabila menyatakan

“So? So he can’t grasp the bigger picture of nation building which requires more democracy where it is needed, order when it is appropriately required, corruption free civil service, the absence of which has created a group of government-rich coterie. Ever wonder how some ex high civil servants after retirement can own houses costing RM7-8 million?


Some tough measures are needed to tackle things like open defiance of the supremacy of the nation’s laws. For example when JAKIM people refused order from our civil laws which stemmed from the supreme laws of this nation, Najib should have these people arrested. Not doing so, has created uncertainty over the laws of this nation. This is not an Islamic state- I am sorry to say this to my Muslim brothers in Malaysia.
Pada satu ketika beliau menyarankan Mohd Najib memperomosi demokrasi yang lebih luas, namun pada para seterusnya beliau menyarankan Mohd Najib patut menangkap pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang enggan menerima arahan daripada Mahkamah Sivil.

Bukankah saranan Mohd Ariff agar Mohd Najib seorang Perdana Menteri campur tangan dalam pertikaian Mahkamah Sivil dan Syariah dan menangkap orang tertentu melanggar batas demokrasi negara ini yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman?

Mohd Ariff juga mahu Mohd Najib mengambil tindakan ke atas pelbagai pihak yang tidak selari dengan pandangan liberal Melayu seperti beliau dan rakan-rakan dalam DAP. Mungkin bagi DAP, demokrasi bermaksud mereka bebas berkata apa sahaja dan orang lain yang harus disekat.

Mohd Ariff sendiri gagal menentukan batas-batas kritikan sebelum menulis kritikan menyebabkan tulisan beliau tidak lebih daripada leteran politik kosong semata-mata.

Harapan kita supaya Mohd Ariff hentikanlah menjual maruah agama dan bangsa kepada DAP!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

Kerajaan Nafi Mahu Bawa Masuk 30 Ribu Guru Dari China

Screenshot_2014-12-04-13-26-044 Disember 2014 : Sumber Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan laporan bahawa kerajaan akan membawa masuk 30 ribu guru bahasa Mandarin dan Matematik dari China.

Menurut sumber tersebut, perbincangan hanya berkisar membawa kepakaran dari China bagi melatih guru-guru bahasa Mandarin dan matematik bagi melatih tenaga tempatan.

Angka 30 ribu itu ialah jumlah guru tempatan yang diperlukan jika kerajaan mahu melaksanakan pengajaran bahasa mandarin di sekolah kebangsaan yang berjumlah 10 ribu buah.

Bila ada cadangan dari umno baru- baru ni untuk ajar bahasa ke 3 di sek kebangsaan kita…..Apa yg TPM beritahu ialah kalau nak laksanakan kita perlukan 30 ribu guru untuk 10 ribu sekolah….utk itu kena latih guru dulu…apa yg kita minta negara china ialah master teachers..untuk latih guru kita…

Gila ke nak bawak 30 ribu guru dr China.

Macam program all bright dgn US utk english..tak ramai.
IMG-20141204-WA0053

Dipetik daripada : www. mykmu. net

#MAS: Kertas Kerja Jentayu Semuanya Ringkas Dan “Rahsia”? Yakinkah Kita?




MAS template
4 Disember 2014 : Baru-baru ini Pengarah Urusan Jentayu Danaraksa, Feriz Omar, mendedahkan di laman Facebooknya mengenai pertemuan Pengerusi syarikat swasta itu, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dengan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar.

Menurutnya, pertemuan itu adalah berkaitan kertas kerja yang dicadangkan syarikat swasta itu untuk bekerjasama dengan Khazanah bagi melengkapkan 12 langkah pelan pemulihan MAS.

Agak mengejutkan apabila Tan Sri Aziz yang sebelum ini mendakwa 12 langkah Khazanah itu sebagai “sampah”, tiba-tiba datang meminta untuk bekerjasama menjayakan 12 langkah pelan “sampah” itu, bukan?

Tidak mengapalah. Kita anggap saja 12 langkah itu bertukar dari “sampah” kepada “emas pertama”. Boleh?

Feriz memberitahu “pertemuan tertutup” itu adalah berkisar tentang kertas cadangan dari Jentayu yang ringkas sahaja, TANPA menyatakan secara terperinci cadangan-cadangan yang dikatakan “bagus-bagus belaka” itu.

Jika cadangan mereka dipersetuju untuk diterima Khazanah, maka barulah syarikat yang baru berusia tidak sampai setahun jagung itu akan berbincang mengenai pelan mereka secara terperinci.

FO no details
Hebat atau tidak? Kita hanya perlu ceritakan yang manis-manis dan menabur “janji-janji manis” sahaja pada Khazanah dan GLC itu perlu menerima bulat-bulat “ringkasan cadangan” itu TANPA mengetahui pelan sebenar yang lebih terperinci. Senang betul buat bisnes zaman sekarang ni, kan?

Nama pun “ringkas”, jadi bagaimana Khazanah mahu pertimbangkan cadangan yang “ringkas”? Melobi sakan mahu ambil alih cuma aset-aset yang menguntungkan, tapi kita tidak nampak di mana ini “ringkasan” itu boleh menolong MAS.

Agak-agaklah sedikit. Ini bukan cerita mahu pulihkan gerai burger atau putu mayam. Ini bukan cerita RM10,000 ke bawah. Isu ini melibatkan lebih sembilan angka, berbilion ringgit dilabur duit rakyat di dalamnya. Takkanlah cukup hanya beri taklimat ringkas sahaja?

Feriz perlu ingat kembali bahawa dia sedang bermain api apabila berjanji menyelamatkan 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan dan ia akan melibatkan emosi kemarahan ramai jika pelan “bagus” itu tiba-tiba bertukar menjadi kes “kepala lembu” dulu…

Kes “kepala lembu” dulu bolehlah larikan diri kerana hanya melibatkan belasan orang. Kes ini melibatkan 6,000 kakitangan MAS dan mampukah Feriz hadapi ribuan kakitangan yang marah bila janji yang ditabur tiba-tiba “dicapati”?

Jika hanya dengan sedikit pelan ringkas dan menjanjikan harapan “bulan dan bintang” sahaja dapat “membeli jiwa” MASEU dan NUFAM, tidak hairanlah ketua-ketua kesatuan itu “goyang”? Mulanya sokong penuh 12 langkah Khazanah, kena usik sikit sudah beralih arah?

Peliknya, Khazanah digesa untuk bentangkan perancangan 6,000 pekerja MAS tetapi mudah benar mereka terpengaruh dengan Jentayu, kan? Hanya perlu bermodalkan taklimat ringkas dan janji “bulan bintang” sudah memadai untuk membeli sokongan mereka. Ingatkan ketua-ketua MASEU semua cerdik-cerdik belaka…

Rasanya Khazanah tidak perlu melayan sangat kehendak mana-mana pihak yang cuba melengah-lengah dan tidak serius dalam membantu pelan-pelan pemulihan yang telah dipersetuju di semua peringkat. Buang masa saja.

Sebelum ini, berani tulis di Facebook, cadangan alternatif Jentayu melebihi 200 muka surat. Tapi kenapa tidak dibentang terus? Barulah mudah Khazanah menilai. Tapi tiba-tiba pula Feriz dikatakan telah memadam kenyataannya sendiri dalam Facebook. Mujur sempat di”print screen”, kan?
Feriz 200 ms
Sewajarnya Khazanah memberi fokus melaksanakan 12 langkah yang telah dirancang itu tanpa gangguan pihak luar yang tidak punya kredibiliti itu.

Lagipun, syarikat swasta berkenaan seolah “sombong”, enggan mendedah modal yang mereka ada. Entah ada modal, entah tiada. Bila ditanya, mereka jawab “rahsia”. Siapa nak percaya? Anda mahu percaya?

Dipetik daripada : www. mykmu. net