The detainees were then stacked atop one another in trucks and transported to Inkayut Military Camp in Pattani Province. The drive took five hours, and by the time the trucks arrived at the destination, 78 detainees had died from suffocation or organ collapse.
Thursday, December 11, 2014
Taraf Pemikiran Sampah dan Sikap Mahasiswa UM Berbanding Thailand
26 Oktober 2014 : Pagi ini ada gambaran menarik yang menumpukan
fokus saya terhadap laporan berita mengenai kegiatan mahasiswa. Satu
kisah di Thailand, satu lagi di Malaysia. Kedua-keduanya bersifat
perjuangan atas perkara yang berbeza.
Di Thailand ratusan pelajar
Muslim berkumpul di masjid utama di Pattani semalam bagi memperingati
ulangtahun ke-10 peritiwa pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai.
Pada
25 Oktober 2004, kira-kira 2000 orang mengadakan berkumpul di hadapan
balai Polis Tak Bai membantah penahanan enam orang lelaki yang dikatakan
pemimpin gerakan pemisah.
Dalam usaha menyuraikan penunjuk perasaan, 85 orang terbunuh, sebahagian besarnya ketika sudah berada dalam tahanan tentera.
Konflik
tersebut mengorbankan 6,000 nyawa dalam sedekad di kawasan majoriti
Muslim selatan, di mana pihak pemisah sedang berjuang untuk autonomi
daripada kerajaan Thai.
Di
Universiti Malaya, Malaysia Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti
Malaya (PMUM) Fahmi Zainol sedang berhadapan dengan kemungkinan
tersingkir dari universiti apabila beliau mahu meneruskan program haram
bagi menyelamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat.
Themalaysianinsider.com
memetik Fahmi sebagai berkata “Biar pelajar melihat kebenaran, ketika
mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia,
akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.
“Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik.”
Ketika
saya menghormati dan mengkagumi mahasiswa Islam di Selatan mengadakan
himpunan aman mengingati peristiwa kematian lebih 85 orang tersebut,
perkara yang sama sukar saya terjemahkan dalam memahami pemikiran
pemimpin mahasiswa “alma mater” saya ini.
Saya fikir ada sesuatu
yang janggal dan luar biasa dengan Universiti Malaya jika selepas
puluhan tahun menjadi universiti terkemuka negara, para pimpinan
mahasiswanya masih gagal memahami perbezaan antara kebebasan bersuara
dengan usaha mencampuri urusan keadilan dan Mahakamah.
Apa yang
mahu dianjurkan bukan satu majlis diskusi akademik yang terbuka, telus
dan bebas seiring dengan wacana keilmuan menara gading. Sebaliknya,
Mahasiswa cuba mengadakan majlis untuk mendahului keputusan Mahkamah
Persekutuan yang akan bersidang pada 28 dan 29 Oktober ini.
Apa
yang mahu dianjukan bukan program bersifat mencari ilmu, tapi penganjur
telah menyatakan Mahkamah negara ini tidak adil dan memanggi orang yang
dituduh mempertahankan dirinya secara sebelah pihak tanpa mengambil kira
bukti, saksi dan fakta kes. Apakah ini bentuk kebebasan akademik yang
dilaung-laungkan?
Bayangkan adakah majikan yang mahu mengambil
graduan Universiti Malaya bekerja pada masa hadapan jika pemikiran Fahmi
ini menjadi tanda aras kebolehan berfikir mereka?
Saya percaya
ramai yang bijak pandai dan matang di dalam Universiti Malaya ini.
Malangnya mereka telah melantik “sampah” sebagai pemimpin, maka stigma
tersebut mungkin memberi kesan kepada mereka suatu hari nanti.
Buat
masa ini itulah perbezaan pemikiran besar mahasiswa kecil di Pattani
dengan pemikiran sampah mahasiswa dari universiti terkemuka Malaysia.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment