Thursday, December 11, 2014
RCI, Apa lagi Jeffrey Mahu – Shafie Apdal
4 Disember 2014 : Apa lagi
yang pemimpin politik Sabah Datuk Jeffrey Kitingan mahukan selepas
laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram
Sabah dikeluarkan?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (bawah) hari ini.
“Apa lagi yang kamu mahu? Kamu mahu RCI, RCI telah dibentuk.
“Kamu
mahu badan bebas dalam jawatankuasa, ada badan bebas. Kamu maju kami
beri laporan, laporan sudah ada,” katanya dalam sidang media hari ini.
Jeffrey
semalam berkata laporan yang dikeluarkan bertujuan menyelamatkan bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan “Projek
IC” pemberian kad pengenalan sebagai tukaran undi sebelum ini.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment