Tuesday, December 02, 2014

Antara Barua, Bangang & Haram Jadah

2 Disember 2014 : BILA Datuk Seri Najib Tun Razak melabel blogger UMNO yang menulis menghentam parti dan kepimpinannya, sebagai blogger bangang, culai-culai pembangkang (sama ada tersurat atau tersirat), menggunakan peluang itu untuk menghentam Perdana Menteri.

Macamlah Perdana Menteri bersalah besar kerana memilih untuk menggunakan perkataan itu untuk ditujukan kepada mereka yang sepatutnya berblog untuk mempertahankan parti, tapi sebaliknya menggunakan kesempatan itu untuk mengutuk parti pulak.

Anwar punya air mani 4cm dalam rektum Saiful, haram yang berkenaan taknak sentuh. 

Kalau tak bangang, nak dipanggil apa tu?

Yang hairannya tu, bila Hadi Awang guna perkataan barua, Anwar guna perkataan haram jadah, mana macai-macai punyai suara, tersekat kat tekak ke? Kalau diikutkan pada buku, semua perkataan tu masuk dalam kategori kasar semuanya juga, kenapa tak dijadikan isu?

Kalau pilihan nak mengutuk atau tidak tu dibuat kerana bangang ni Perdana Menteri sebut sementara barua dan haram jadah tu Hadi serta Anwar sebut, maka, dimana ada meritnya lagi?

Ini semua politik sajalah, macam benda-benda lain di Malaysia juga.

Penulis tidak berasa hairan bila PAS dan pembangkang lain ambil kesempatan dalam isu ‘bangang’ ini. Sememangnya mereka tidak ada isu lain selain mempolitikkan apa juga yang boleh dipolitikkan.

Kadang-kadang terfikir juga, dalam negara dan rakyat kita mengecap kemajuan, pemikiran-pemikiran macam ini masih wujud dalam kelompok tertentu. Naik malu pun ada.

Dalam satu kunjungan ke luar negara baru-baru ini, penulis ditanya apakah perkara yang biasa dipolitikkan di Malaysia, penulis kata semua, malah puting beliung pun boleh jadi isu politik di Malaysia!!! Ternganga kawan tu mendengar.

Jangan tanya kenapa dan bagaimana puting beliung yang juga bencana alam tu boleh jadi isu politik, penulis kata. Di negara awak tidak ada PAS, di negara kami ada, sebab itu benda pelik macam ini boleh berlaku.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment