Isu terbaru yang Rafizi Ramli gunakan untuk menunjukkan dia sangat hebat, sangat bijak, sangat pintar dan sangat meyakinkan adalah membabitkan harga minyak petrol dan diesel di Malaysia, terutama selepas Kerajaan memutuskan untuk mengapungkan secara terkawal harga RON95 dan diesel.
Sebelum terpengaruh dengan klip video yang dipautkan di bawah, anda perlu mengambil kira beberapa faktor berikut:
(1) Minyak Tapis kita yang ‘bermutu tinggi’ 7% lebih mahal berbanding minyak mentah Brent tetapi premiumnya menurun dan pengeluaran minyak kita turut menurun sekaligus menyebabkan Tapis kehilangan status penanda arasnya oleh Platts.
(2) Pada tahun 2013, Malaysia hanya mengeksport secara bersih 46,000 tong minyak sehari berbanding populasi kita seramai 30 juta orang. Brunei pula mempunyai eksport bersih sebanyak 118,000 tong sehari berbanding populasinya seramai 417,000 orang.
Manakala Arab Saudi mempunyai eksport bersih sebanyak 8.8 juta tong minyak sehari dengan populasinya seramai 28.8 juta orang.
Ini bermakna eksport Brunei 18.5 kali ganda berbanding setiap orang penduduk berbanding Malaysia, manakala eksport Arab Saudi pula adalah 200 kali ganda bagi setiap orang penduduknya berbanding Malaysia.
Menurut Rafizi, Malaysia seharusnya mencontohi Venezuela yang menawarkan harga minyak termurah di dunia. Bagaimanapun, Rafizi terlupa bahawa inflasi di Venezuela adalah 64% setahun. Venezuela juga mengeksport 1.7 juta tong minyak sehari untuk 30 juta rakyatnya.
(3) Rafizi menyatakan RM100 yang dikutip daripada duit minyak yang sampai ke tangan Najib Abdul Razak, hanya RM5 sahaja diserahkan kepada rakyat manakala RM95 lagi masuk kocek Najib atau beg tangan Rosmah Mansor. Tidakkah itu merupakan satu fitnah dan pembohongan yang nyata?
(4) Kata Rafizi lagi, sekiranya harga minyak meningkat 20 sen, harga roti canai dan karipap juga akan meningkat 20 sen. Adakah perkiraan Rafizi Ramli itu suatu perkiraan realistik?
(5) Menurut Rafizi lagi, sekiranya harga minyak diturunkan, harga barangan dan perkhidmatan juga akan diturunkan. Pada tahun 2008, harga minyak telah dinaikkan sehingga RM2.70 bagi setiap liter dan harga barangan serta perkhidmatan turut meningkat. Namun pada tahun berikutnya, apabila harga petrol menurun sehingga RM1.80, mengapa teori Rafizi tentang penurunan harga barangan dan perkhidmatan tidak berlaku? Bahkan harganya terus meningkat sehingga ke hari ini.
Dan setelah anda memikirkan kesemua faktor-faktor tersebut, tontonilah pautan video tersebut dan anda boleh mengagak apa sebenarnya yang ada dalam otak Rafizi Ramli.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
No comments:
Post a Comment