Thursday, December 04, 2014

RCI: Beza Pendatang Asing Dengan Pekerja Asing

4 Disember 2014 : PEMBANGKANG jadi bangang sekejap bila Suruhanjaya Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah dalam laporannya semalam mendapati, tidak wujud Projek IC yang mereka war-warkan sebagai berkaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad.

Hajat hati besar nak bubuh segala kesalahan kepada UMNO/BN, tapi apakan daya, Suruhanjaya itu yang dianggotai orang-orang berkaliber dan berpengaruh, tidak menjumpai apa-apa salah laku kerajaan persekutuan dan para pemimpinnya.

Sepatutnya pembangkang tak boleh nak bising sebab Anwar Ibrahim sendiri tidak boleh sahkan bahawa Mahathir terlibat atau tidak, ini faktanya. Memetik ringkasan kenyataan Anwar seperti dalam laporan tersebut….

“Beliau ialah pemimpin pembangkang di Parlimen. Beliau menyatakan bahawa meskipun beliau merupakan ahli Kabinet Persekutuan dari 1983 hingga 1996, beliau tidak pernah dijemput untuk menghadiri apa-apa Mesyuarat Keselamatan negara yang dipengerusikan oleh Perdana menteri, Dr. Mahathir. Beliau seterusnya menyatakan bahawa perkara Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak pernah dibincangkan. Beliau berkata yang beliau pernah mendengar mengenai Pasukan Petugas Khas tetapi tidak apa yang dipanggil “Projek IC”. Menurut beliau, walaupun selaku pemangku Perdana Menteri, beliau tidak diberikan sebarang taklimat oleh Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa polisi berhubung dengan pengeluaran Kad Pengenalan kepada warga asing ditentukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan MKN dan perkara ini tidak pernah dibentangkan di Kabinet Persekutuan.”

…membuktikan dengan sendirinya bahawa dia sendiri tak tahu menahu apa-apa tentang projek IC tersebut sepanjang memegang jawatan kedua tinggi dalam kerajaan dulu, termasuk ketika memangku jawatan Perdana Menteri beberapa kali.

Jadi kalau DAP dan PKR ataupun PAS nak bising kenapa Tun Mahathir tidak boleh dikaitkan, pertama sekali marah dengan Anwar dulu sebab dia juga yang bawa cerita Mahathir terlibat. Tapi bila diberi peluang untuk membuktikan apa yang dia cakap, terkunci pulak mulut.

Kedua, terimalah hakikat bahawa penemuan Suruhanjaya ini membuktikan projek IC yang didalangi kerajaan pimpinan Mahathir tidak wujud, sebaliknya masalah pendatang asing dapat IC di Sabah adalah disebabkan sindiket yang memperalatkan kakitangan JPN tertentu untuk memberi IC palsu kepada pendatang asing ini.

Itu sebenarnya, bukan ada kaitan dengan kerajaan sama sekali.

Seperkara lagi, janganlah bengong sangat sampai tak boleh nak beza antara pekerja asing dengan pendatang asing seperti yang dibuat PAS. Banyak beza antara dua tu walaupun mereka berkongsi status yang sama – orang asing.

Pekerja asing ada permit, pendatang asing dan tanpa izin, takda permit, kalau dengan izin sekalipun, mungkin tinggal melebihi tempoh, itu yang dikatakan pendatang asing.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment