Thursday, December 11, 2014

Kumpulan Pembunuh Myanmar Ditumpaskan di Pulau Pinang

5 Disember 2014, BUKIT MERTAJAM  : Polis negeri yang melancarkan Ops Kelar berjaya menahan 17 lelaki warga Myanmar yang dipercayai terlibat dengan 18 kes pembunuhan kejam di negeri ini sejak awal tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sejak beberapa hari lalu pihaknya menahan seramai 15 orang termasuk dua orang malam tadi.

Pasukan Ops Kelar juga katanya, telah menyerbu sebuah lot rumah sewa di Choruk Tokkun dekat sini malam tadi yang dipercayai menjadi lokasi tempat tiga mangsa dibunuh dan dipotong kepala sebelum anggota badan mereka dibuang di beberapa lokasi di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Tambah beliau, polis turut menemukan tiga parang panjang di rumah berkenaan yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan sebelum ini.

Bebarapa hari lalu Polis menemui “tempat penyembelihan” di Pulau Pinang dipercayai sebagai tempat pembunuhan warga Myanmar melibatkan siri kejadian kes yang berlaku sejak awal tahun ini.

Katanya, dua suspek itu menyewa dua buah rumah di kampung tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Abdul Rahim berkata, beliau turut mengunjungi satu kawasan di Cherok Tok Kun dan menemui sebuah rumah, dipercayai sebagai tempat pembunuhan ngeri itu.

“Penyembelihan dilakukan di sini dan bahagian badan yang dipotong dibuang di tempat lain. Contohnya, satu kepala manusia ditemui di hadapan sebuah balai polis dan satu lagi ditemui di Permai (di Bukit Mertajam),” katanya.

Abdul Rahim berkata polis berjaya menyelesaikan lapan daripada kes tersebut setakat ini, dan menambah lebih banyak penahanan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkana sama ada tahanan berkenaan terdiri daripada pendatang asing tanpa izin.

Katanya, dokumen yang digunakan itu mungkin merupakan dokumen palsu.

“Setakat ini kita hanya menemui satu kumpulan yang telribat dengan pembunuhan ini. Ini merupakan masalah yang dibawa daripada negara asal mereka.

“Mereka mengenali satu sama lain di Myanmar, sebelum kedatangan mereka ke negara ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau turut menggesa agar warga Myanmar di negara ini tidak mengambil tindakan sendiri.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment