Thursday, December 11, 2014
CAA Resources: Yang Kenyang Kelantan, Yang Kena Kutuk Terengganu?
12 Disember 2014 : MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Razif Abdul
Rahman hari ini mengesahkan bahawa syarikat CAA Resources – dimana
pemiliknya mendakwa membayar rasuah beratus juta ringgit untuk mendapat
hak melombong di Bukit Besi, tidak pun wujud di negeri tersebut, apatah
lagi punyai hak untuk melombong di Bukit Besi.
Sebaliknya kata
Razif, ada kemungkinan kawasan yang dimaksudkan terletak di Kelantan
dimana CAA Resources ada kepentingan perniagaan melalui kerjasama dengan
satu syarikat lain di negeri tersebut. Kenyataan ini ada rasionalnya
sebab sebagai orang luar, dia mungkin maksudkan bukit yang banyak besi,
diringkaskan jadi bukit besi.
Benda macam ini pernah berlaku pun sebelum ini, apa nak dihairankan.
Apa
sekalipun, pengesahan ini menutup mulut PAS yang begitu teruja dengan
dakwaan hearsay pemilik CAA Resources, Lee Yang kepada sebuah akhbar di
New York mengenai perkara tersebut.
Silap-silap selepas ini,
kerajaan Terengganu takdak kena mengena, kerajaan Kelantan yang mereka
perintah pulak menghadapi tekanan untuk menjawab kaitan kerajaan negeri
dengan CAA Resources ini sebab ikut Ahmad Razif, laporan tahunan
syarikat itu untuk tahun 2013 ada menyebut tentang kepentingan mereka di
Kelantan, bukan di Terengganu.
Jadi, kita mintak penjelasan
kerajaan Kelantan sekarang, benar atau tidak mereka ada hubungan
perniagaan dengan CAA Resources dan kalau ada, bagaimana hubungan
perniagaan itu berlaku – ikut jalan lurus atau ikut jalan bengkang
bengkok?
Perkara ini penting untuk dijawab sebab selepas dakwaan
hearsay Lee Yang itu tersebar, macam-macam fitnah dilemparkan kepada
UMNO dan kerajaan Terengganu, apa sekali rupanya mereka yang ada
kepentingan (ikut pada kenyataan Razif).
Nasib baik PAS ada otak
sikit bila SECARA RASMI mereka tidaklah menuduh tapi guna perkataan
‘mendakwa’ dan dituruti dengan ‘sila siasat’. Tapi lain ceritanya
dengan balaci dibawah, hilang semua cerita tuntutan agama supaya
disertakan bukti dan saksi, terus tuduh UMNO dan kerajaan negeri
Terengganu sebagai korup.
Kalau tidak, tinggal seluar dalam sajalah Hadi Awang kena saman.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment