Tuesday, December 02, 2014
Bar Council & Cakap Tak Serupa Bikin
2 Disember 2014 : MUNGKIN ramai orang yang tidak sedar bahawa hari ini
Majlis Peguam atau biasa disebut Bar Council ini mengadakan proses
pemilihan ahli jawatankuasa baru yang akan memimpin badan tersebut buat
satu tempoh masa.
Faham sajalah, sejak dilihat seolah-olah jadi ‘sayap’ baru
parti-parti pembangkang ni, badan berkenaan sudah hilang kredebiliti
sama sekali di mata majoriti rakyat. Tak alat pembangkang macam mana,
orang lain lantik bekas hakim jadi peguam, dia kata tak boleh, siap
adakan resolusi tapi bila Anwar Ibrahim buat, buat bodoh itik sajalah
pulak.
Itu yang buat pemilihan pun, sedikit orang ambik peduli.
Begitupun yang pentingnya disini, bila bercakap tentang Majlis Peguam
ini, semua orang pasti teringat dengan kelantangan badan itu
mempersoalkan intergriti sistem demokrasi/pilihanraya di Malaysia yang
dikendalikan SPR, apatah lagi bila majoriti mereka yang memimpin badan
tersebut adalah mereka yang juga pro pembangkang dan ada yang jadi calon
pilihanraya.
Ingatkan, bila lantang kondem, kutuk dan cakap macam bagus dengan
kerajaan dan SPR pasal sistem demokrasi/pilihanraya di negara kita,
pemilihan badan itu mestilah bertaraf demokrasi nombor satu dalam
dunia, tiadalah yang sebaik dan seumpamanya.
Cakap macam bagus kan.
Tapi penulis difahamkan, jauh dari mencapai status terbaik, pemilihan
hari ini dilingkari dengan pelbagai isu, antara lain bila calon
diletakkan pelbagai syarat yang tidak wujud dalam undang-undang untuk
melihat sendiri proses pengiraan undi dijalankan.
Menurut sumber, ada peraturan baru diwujudkan yang meminta calon
menandatangani surat untuk tidak merakam proses pengiraan undi atas
alasan proses tersebut adalah hal ehwal dalaman Majlis Peguam.
Permintaan yang seumpama ini sudah tentu tidak masuk akal kerana proses
pengiraan undi pilihanraya umum pun boleh dirakam dan diadakan secara
terbuka bagi mengelakkan penyelewengan.
Itu pun Majlis Peguam kata tidak telus dan sebagainya, yang dia
sendiri punya pemilihan dia pun letak macam-macam sekatan, seolah-olah
ada yang nak dirahsiakan tu apahalnya pulak?
Tidak hairanlah kenapa bila penulis melihat senarai yang menang,
semuanya merupakan mereka adalah terdiri dari peguam pro pembangkang,
liberal dan konon-konon, pejuang hak asasi manusia. Bagaimanapun penulis
tidak ada masalah dengan itu sebab kalau dah memang pilihan ahli-ahli
Majlis Peguam.
Cuma persoalannya kenapa calon tidak boleh melihat dan merakam proses
pengiraan undi? Apa yang cuba disorokkan, apa yang cuba dirahsiakan?
Apa yang telus bila calon nak awas proses pengundian pun diletak
macam-macam syarat?
Kalau tak mengata kerajaan dan SPR tu tak apalah jugak, ini cakap macam-macam, kena kat dia, lagi banyak ragam.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment